Pelakon Puteri Sarah Liyana akui suaminya, Syamsul Yusof ada menghantarkan mesej kepadanya sehari sebelum dia memfailkan cerai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin.

Namun Puteri Sarah, 38, tidak dapat berkongsi butirannya.

"Ya dia ada Whatsapp saya sehari sebelum saya failkan cerai ini iaitu semalam. Ada lah kata kata terakhir yang diberikan kepada saya.

"Tapi biar saya saja lah simpan maaf tak dapat saya kongsikan.

"Saya tak mahu fikir apa lagi, yang penting saya nak perkara ini selesai dan saya dapat tunaikan umrah tidak lama lagi dengan tenang," katanya kepada Astro Gempak.

Puteri Sarah ditemui di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, selepas selesai melakukan tuntuan cerai terhadap pengarah popular itu.

Tambahnya lagi, selepas tidak lagi disekat Puteri Sarah ada memberitahu Syamsul ada mesejnya sebelum ini untuk berjumpa.

“Sebelum ni pun dia ada ajak berjumpa untuk berbincang.

“Belum jumpa lagi sebab saya dan dia sibuk dengan jadual penggambaran," tambahnya.

Tarikh sebutan kes permohonan cerai bakal berlangsung pada 7 Mac depan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi anak Datuk Yusof Haslam itu tidak pernah membuka mulut mengenainya.

Susulan pengakuan Syamsul, topik berkaitan kemelut rumah tangganya dan kehadiran Ira Kazar sebagai isteri kedua hangat diperkatakan sehingga 'trending' dalam media sosial.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.