Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Syamsul Yusof, Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

Ernalisa
05/09/2024 03:37 MYT
Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, pada Khamis mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh pengarah, Syamsul Yusof terhadap Ira Kazar ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.


Cerai talak satu


Hakim Syarie, Mohd Faizal Habib berkata, perkara itu diputuskan selepas Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin selaku plaintif memfailkan lafaz cerai taklik pada 21 Ogos lalu.

Peguam syarie mewakili Ira Kazar, Mohammad Fadhil Abdul Razak berkata mahkamah mengesahkan berlakunya lafaz taklik dan sekali gus jatuh talak satu.

“Mahkamah sudah putuskan perceraian sudah berlaku di luar mahkamah di antara pihak Syamsul dan anak guam saya, Ira. Itu saja yang berlaku hari ini.

“Keterangan sudah diambil dan keputusan sudah dibuat hari ini. Terima kasih kepada mahkamah.


“Jadi hari ini sudah jatuh talak satu pada kira-kira jam 10.30 pagi tadi dan kes di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, tidak diteruskan (permohonan cerai oleh Syamsul)” katanya Mohammad Fadhil kepada pihak media.

BERITA TRENDING: Keji! Pekerja Pusat Jagaan Kanak-Kanak Mengaku Terbabit 307 Kes Rogol, Mangsa Bawah 12 Tahun

BERITA TRENDING: Puteri Sarah Doakan Terbaik, Selesa Berkawan Dengan Syamsul Demi Anak

BERITA TRENDING: Datuk Yusof Haslam Enggan Komen Isu Cerai Syamsul-Ira

BERITA TRENDING: Peguam Maklumkan Syamsul Yusof Sedia Lepaskan Ira Kazar


Langgar taklik lima kali


Dalam pada itu, peguam syarie mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais berkata Ira juga dikatakan telah melanggar taklik sebanyak lima kali sejak 14 Ogos lalu.

“Alhamdulillah kes perceraian dan lafaz taklik sudah selesai pada hari ini di mana mahkamah mendapati Ira sudah melanggar taklik.

“Ada pelanggaran taklik yang sudah dilakukan Ira dan mahkamah berpuas hati bahawa memang berlakunya lafaz taklik dan mendapat bahawa Ira melanggar taklik tersebut sebanyak lima kali yang mana kali pertama pada 14 Ogos.

“Ia berlaku dalam keadaan rela tanpa paksaan mana-mana pihak. Idah juga bermula pada tarikh yang sama (14 Ogos),” katanya.


Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof berkahwin dengan Ira selepas berpisah dengan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, pada 14 Jun 2023.

Syamsul dan Puteri Sarah mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada 6 Januari 2023, Syamsul mengakui sudah menikahi Ira di Thailand.
#cerai #Syamsul Yusof #Mahkamah #Talak Satu #Ira Kazar