Laman Utama

Syed Saddiq Mohon Maaf, Junjung Kasih TMJ Bantu Rakyat Muar

gempak
Mya Amri
30/12/2020
00:30 MYT
Sponsor Banner
Syed Saddiq Mohon Maaf, Junjung Kasih TMJ Bantu Rakyat Muar
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon maaf kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atas kekhilafannya yang dilihat cuba meraih simpati rakyat supaya menghulurkan bantuan kepadanya.
Saddiq membuat permohonan maaf itu menerusi kenyataaan di platform media sosial Twitter dan Instagram miliknya semalam (29 Disember 2020).
“Sebagai manusia biasa, patik tidak terlepas daripada membuat kesilapan, patik mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun, sekiranya ada tersinggung perasaan Tunku dan keluarga.
“Sebagai anak jati kelahiran Johor yang membesar di Johor dan telah bersekolah di Johor, patik dan seluruh keluarga amat terhutang budi kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Johor, Tunku dan seluruh keluarga selaku pemerintah kerajaan negeri Johor.
"Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati dan melindungi Tunku dan keluarga,” ujar Saddiq.
Dalam pada itu, Saddiq juga menjunjung kasih kepada Tunku Ismail atas sumbangan baginda kepada penduduk Muar.
“Patik menjunjung kasih kepada Tunku kerana sudi menyumbangkan RM300,000 kepada anak-anak Muar. Patik dan orang Muar terhutang budi pada jasa baik Tunku.
“Fastabiqul Khairat. Patik percaya, yang kita perlu sentiasa membuat baik dan berlumba-lumba untuk membuat perkara yang baik.
"Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan melindungi Tunku dan keluarga,” kata beliau.
Terdahulu, bekas Menteri Belia dan Sukan ini telah melancarkan kempen #1keluarga1laptop dengan matlamat setiap keluarga di Parlimen Muar akan memiliki sebuah komputer riba untuk kegunaan anak-anak mereka.
Saddiq juga menyatakan kempen tersebut adalah untuk mengutip dana bagi membeli sebuah komputer riba buat 100 orang pelajar dalam kawasan Parlimen yang diwakilinya.
Sumber: Twitter Syed Saddiq / Astro Awani.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024