Usahawan dan juga adik kepada pelakon Syatilla Melvin iaitu Syafiqa dan Syida meluahkan rasa geram terhadap layanan yang diberikan oleh sebuah butik menyewa pakaian.

Menerusi video tular di TikTok, Syida mendedahkan butik berkenaan tidak membenarkan mereka membawa masuk kanak-kanak ketika memilih pakaian.

“Aku tak faham kedai ni, aku datang nak sewa baju, anak aku duduk sini dia tak bagi kanak-kanak masuk.

“Budak kecik umur 4 tahun dia tak buat apa, boss dia call cakap budak budak tak boleh masuk suruh keluar.

“Kita lima beradik datang nak sewa baju, saya bawa anak, anak saya tidur. Kedai ini tidak mesra langsung. Tolak rezeki, saya nak ambil lima baju.

“Anda buat peraturan kedai macam ni memang silap besar. Kedai apa tak boleh bawa masuk budak-budak? Budak budak ni binatang ke?.

“Tolong jangan eh, kita nak support perniagaan Melayu, tapi Melayu perangai macam ni anda memang tidak akan berjaya sampai bila bila.

“Korang punya peraturan ni tolong buang dalam tong sampah, dia halau aku keluar suruh bawa anak aku keluar, anak aku tengah tidur,” katanya menahan marah.

Sementara itu, kakaknya, Syafiqa memaklumkan mereka hadir ke premis berkenaan untuk menyewa pakaian sempena majlis makan malam perniagaan milik mereka.

Kata Syafiqa, niat mereka ingin membantu perniagaan orang Melayu namun lain pula jadinya.

“Kami cari merata tempat tetapi apabila tengok di TikTok ramai kata kedai ini best, sewa baju cantik cantik.

“Kita datang dengan niat nak tolong orang Melayu, sama-sama Melayu meniaga. Kita tak minta sponsor ya. Kita nak sewa duit sendiri.

“Tiada budi pekerti langsung, budak-budak tengah tidur. Lepas tu kalau kita tahu budak-budak tak boleh bawa masuk ada ke kita nak bawa?

“Masalahnya kita tidak tahu tak boleh bawak budak tapi sedikit budi pekerti pun dia tak bagi,” jelasnya.

Berikut merupakan video penuh Syida dan Syafiqa:

@syida.melvin

Malunya biz macamni. Boss dia call terus suruh keluar anak aku letak luar budak takleh masuk. Tak logic langsung ! Hampa nilai sendiri lah macam mana aku punya MENYIRAPPPP ???

♬ original sound - Syida Melvin