Penyanyi Adira Suhaimi telah selamat melahirkan bayi perempuan.

Berita gembira itu dikongsi oleh suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan nama Datuk Red menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya.

"Alhamdulillah aku sujud syukur kepada Mu ya Allah. Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta," tulisnya.

Adira telah menjalani pembedahan Caesarean atau LSCS untuk kelahiran anak ketiganya.

Adira dan Datuk Red telah berkahwin pada 3 Disember 2015 dan sudah dikurniakan cahaya mata sebelum ini, Anggerik pada 10 Mac 2017 dan Asan pada 9 September 2018.

Allhamdulliahhh...aku sujud syukur kepada Mu ya Allah. Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta. #anakke10 #rezekiyangtidakternilai

A post shared by Hamba Allah Dan Bakal Jenazah (@dato.red) on