gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HOLLYWOOD
Pelakon The Walking Dead, Kelly Mack Meninggal Dunia Pada Usia 33 Tahun
HIBURAN
Suami Temui Penyanyi Lee Min Meninggal Dunia Dalam Rumah
HIBURAN
“Bagi Saya Kecewa Ini Bukan…” - Karl Shafek Puas Dapat Luah Perasaan Melalui Rekaan Busana
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Suami Temui Penyanyi Lee Min Meninggal Dunia Dalam Rumah

Maliah Surip
Maliah Surip
06/08/2025
16:20 MYT
Sponsor Banner
Suami Temui Penyanyi Lee Min Meninggal Dunia Dalam Rumah
Khabar duka menyapa lagi dari dunia seni Korea Selatan. Salah seorang anggota duo A One, Lee Min dilaporkan meninggal dunia.
Jasad Lee Min ditemui oleh suaminya di kediaman mereka. Mendiang meninggal dunia pada usia 46 tahun, lapor AllKPop.
Brandnew Music menerusi kenyataan mengesahkan berita kematian tersebut.
“Suami Lee Min menemui dia sudah meninggal dunia sewaktu pulang ke rumah mereka lewat petang semalam.
“Buat masa ini polis masih menjalankan siasatan mengenai punca kematiannya. Kami berharap agar tiada spekulasi tidak enak disebarkan buat masa ini,” ujar kenyataan yang dikeluarkan pada 6 Ogos 2025.
Berita kematian Lee Min membuat rakan As One, Crystal yang kini menetap di Amerika Syarikat bergegas ke Korea demi memberi penghormatan terakhir kepada sahabatnya.
Dilahirkan pada 1978, Lee Min debut bersama A One pada 1999 dan telah melahirkan beberapa lagu popular seperti Desire And Hope dan Day By Day.
Malah pada Jun lalu dua tersebut baru melancarkan single pertama mereka berjudul Happy Birthday To You dan muncul dalam The Seasons: Cantabile of Park Bo Gum.
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Meninggal Dunia
#Lee Min
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement