Laman Utama

“Tahun Ini Tiada Persiapan Untuk Baju Raya Kerana…”- Lisa Surihani

gempak
Syafiqah Jalal
04/06/2019
06:27 MYT
Sponsor Banner
“Tahun Ini Tiada Persiapan Untuk Baju Raya Kerana…”- Lisa Surihani
Pelakon Lisa Surihani akui tiada persiapan baju raya untuknya dan keluarga pada Syawal ini.
Menurut Lisa, dia dan Yusry cuba untuk bersederhana dan memadai memakai kembali baju raya dari tahun lalu.
“Tahun ini persiapan raya sangat bersederhana kerana kami tiada menempah baju atau sebagainya seperti sebelum ini.
“Mungkin kami akan pakai baju raya tahun lalu sahaja.
“Tak tahu kenapa, tahun ini saya beritahu Yusry mahu ‘recycle’ sahaja baju raya tahun-tahun lalu.
“Jika tidak kami pasti akan tempah sekurang-kurangnya sepasang untuk raya pertama,” katanya kepada Gempak.
Lisa ditemui bersama Yusry ketika majlis berbuka puasa anjuran Astro baru-baru ini.
Sementara itu, Yusry memberitahu sudah beberapa tahun dia meminta Lisa supaya tidak menempah baju baharu untuk raya dan cukup memadai memakai apa yang ada.
“Sebenarnya, sejak beberapa tahun lalu lagi saya memberitahu Lisa supaya tidak perlu menempah baju baharu kerana baju raya tahun lalu masih elok dan boleh dipakai.
“Bagi saya kami pun sudah ada banyak baju kurung dan Melayu dan hampir semua warna pun ada. Cukuplah pakai apa yang ada kerana ia masih elok lagi,” katanya.
Lisa mendirikan rumah tangga dengan Yusry Abdul Halim pada 23 Februari 2012. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live