Laman Utama

“Tak Ada Dah Sahur Mak Siap Hidang, Teman Mak Masak” – Mira Filzah Kongsi Ramadan Pertama Sebagai Isteri

gempak
Mya Amri
14/04/2021
11:30 MYT
Sponsor Banner
“Tak Ada Dah Sahur Mak Siap Hidang, Teman Mak Masak” – Mira Filzah Kongsi Ramadan Pertama Sebagai Isteri
Pelakon Mira Filzah berkongsi kisah pengalaman pertama menyambut ramadan sebagai seorang isteri.
Menerusi hantaran di akaun Instagramnya, Mira berkata dia tidak mempunyai banyak masa untuk berbuka bersama suami kerana jadual kerjanya padat sehingga akhir puasa.
“Tahun pertama berpuasa, sebagai seorang isteri. Sebelum kahwin hari tu dah macam macam fikir. Dalam kepala dah set “Oh mesti nanti bulan puasa banyak benda nak kena buat. Tak ada dah bangun bangun sahur terus makan mak dah siap hidang.
“Tak ada nanti nak berbuka tolong-tolong kacau gulai je sambil teman mak masak. (Teman eh, bukan masak tau teman je) Dah lain dah nanti tanggungjawab dan tugas”.
“Nak fikir sahur apa, nak fikir berbuka apa, nak kena belajar masak tanpa kena rasa masakan (masak sebelum berbuka, LOL.
“Kita pulak sejenis setiap kali masak tu rasa sampai 3, 4 kali baru yakin. Macam-macam lah. Persediaan ni.
“Tengok-tengok, jadual penggambaran dah anjak masuk sampai akhir puasa (disebabkan MCO hari tu. bukan salah sesiapa).
“Mungkin tahun ni boleh kira berapa kali je dapat sahur dan berbuka bersama Emir, mak @faeezahisan, abah, keluarga lain, atuk dengan opah lagi lah.
“Hmmm tak dapat balik kampung. Kita outstation pula tu. Hmm tak apa lah, kerja pun satu tanggungjawab dan ibadah dengan niat yang betul.
“Sorry sayang I @wanemirastar. Terima kasih sebab memahami. Semoga ibadah puasa kita diterima Allah SWT,” coretnya.
Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman mendirikan rumah tangga bersama Wan Emir pada 3 September tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live