Adik kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Athisha Khan memberi pencerahan mengenai ketiadaan Jebat Jayden Ahmad ketika majlis perkahwinan kakaknya dengan Pencetus Ummah (PU) Haris.

Menurut Athisha, 23, Jebat tidak dibawa sekali kerana dia tidak suka dengan persekitaran yang bising.

"Jayden dan Idrees mempunyai tempat untuk mereka bermain. Mereka berdua tidak suka berada di tempat yang bising," katanya.

Athisha menjawab pertanyaan netizen di ruangan komen menerusi foto keluarga yang dimuat naik di Instagram (IG), pada pagi Isnin.

"Di mana Jebat? Gambar yang terakhir pun tak ada," tanya individu yang menggunakan nama @monaa.idris.



Pada Sabtu lalu, Neelofa dan Haris selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup serba putih dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah tersebut telah diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

Haris selamat melafazkan akad dengan berwalikan adik kandung Neelofa, Mohamed Aqief Mohd Noor.

BACA: Neelofa, PU Riz Selamat Diijabkabulkan, Mas Kahwin Jadi Sorotan