Hiburan

"Tak Ada Kena Mengena Dengan Rumah Tangga Saya" - Nyanyian Terhenti, Air Mata Alyah Gugur Kerana...

gempak
Kamaruddin Razal
26/07/2019
12:07 MYT
Sponsor Banner
"Tak Ada Kena Mengena Dengan Rumah Tangga Saya" - Nyanyian Terhenti, Air Mata Alyah Gugur Kerana...
Penyanyi Datin Alyah gagal menahan sebak ketika menyampaikan single terbarunya yang berjudul Meluruh sewaktu majlis pelancaran lagu terbabit sebentar tadi.
Menurut Alyah, air matanya gugur kerana mengenang perjalanannya sebagai anak seni yang sudah memasuki 19 tahun.
"Lagu ini memberikan banyak interpretasi berbeza. Biarpun liriknya kedengaran seperti isu atau masalah yang dihadapi dalam perhubungan, pengertian saya pula berbeza.
"Lagu ini bagaikan memberi cerminan masalah yang saya hadapi sepanjang karier saya. Anasir negatif yang saya hadapi melemaskan.
"Saya pernah jatuh dan terus jatuh. Semuanya sudah lalui dan saya tetap kekal optimis kerana ini merupakan kerjaya saya.
"Apa yang hadapi sekarang lebih teruk kerana kita berada di zaman internet. Apa sahaja yang dilakukan serba tak kena dan menjadi kebencian netizen.
"Mengenang perkara terbabit membuatkan saya sebak dan lagu ini sangat kena dengan apa yang saya hadapi," katanya.
Penyanyi ini ditemui di majlis pelancaran single Meluruh di TGV 1 Utama, Petaling Jaya sebentar tadi.
Alyah juga menafikan lagu Meluruh mempunyai kaitan dengan rumah tangganya bersama pengarah muzik, Datuk Ramli MS.
"Bukan... Lagu ini tak ada kena mengena dengan rumah tangga saya. Lagu-lagu sebelum ini pun tiada kena mengena. Perkahwinan saya pun baik-baik sahaja.
"Lagu ini memberi banyak maksud. Bahkan pengarah muzik video lagu ini sendiri, Ghaz Abu Bakar membawa cerita berbeza.
"Muzik video lagu ini menampilkan lakonan Aprena Manrose, Amerul Affendi dan Mustaqim Mohamed.
"Jalan ceritanya berkenaan dengan seorang wanita teraniaya yang membalas dendam," katanya lagi.
Lagu Meluruh dicipta oleh Alyah bersama Helen Yap dan liriknya pula hasil nukilan Slen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024