Viral

“Kadang Lupa Dia Perempuan, Sumpah Comel!” - Ramai Terpegun, Netizen Setuju Trend Asoka Cik B Paling Menang!

gempak
Mya Amri
19/05/2024
05:53 MYT
Sponsor Banner
“Kadang Lupa Dia Perempuan, Sumpah Comel!” - Ramai Terpegun, Netizen Setuju Trend Asoka Cik B Paling Menang!
Selepas usahawan sensasi, Datuk Seri Vida membuat trend ‘Asoka’, kini perhatian netizen tertumpu pada anak sulungnya iaitu Cik B.

Cik B cantik dan comel

Menerusi perkongsian di platform TikTok, Cik B juga tidak ketinggalan melakukan trend tersebut dengan gaya tersendiri.
Namun apa yang melucukan adalah caption yang ditulis Cik B mengundang rasa geli hati netizen.

“Asoka versi saya, dipaksa oleh ibu,” tulisnya ringkas.

@cikb_havoc My ASOKA Version forced by mum, @QU PUTEH BARULAH PUTEH #asokamakeup #asokamakeuptrend #asokamalaysia #cikb #bossb #cikbhavoc #cikbasoka #fyp #fypシ゚viral #onthisday #foryou #foryoupage ♬ original sound - jharna bhagwani
Selain itu, penampilan Cik B selepas disolek juga menjadi perhatian netizen.
Rata-ratanya memuji kecantikan dan kecomelan Cik B kerana kelihatan berbeza berbanding penampilan hariaannya yang sedikit ‘boyish’.
Antara komen yang diterima adalah:
“Ya Allah, aku tersenyum tengok whole video ni. Cik B anak mama yang hebat Cik B! Comel weh dia!”
“Asal comel sangat ni, tengok versi Cik B dia punya sengih sampai ke telinga,”
“Aku kadang kadang lupa Cik B ni perempuan, comelnya,”

Trend Asoka paling menang

Malah tidak kurang juga ada yang melabelkan trend Asoka Cik B adalah yang paling best dan menarik untuk ditonton kerana gelagatnya yang lucu.
Netizen juga turut membuat permintaan dan meluahkan hasrat untuk melihat adiknya iaitu Kacak melakukan trend yang sama.
Dengan ini saya mengistiharkan bahawa Cik b dan Datuk Vida menang trend ni!” komen netizen.
“Biasa trend ni tak ada pemenang kan tapi sebenarnya dia adalah pemenang sebenar, suka ekspresi muka dia,”

BERITA TRENDING: Netizen Puji Kegigihan DSV Buat Trend ‘Asoka’ - “Yang Baru Plan Nak Buat, Lupakan Hasrat... Kita Dah Ada Pemenang”

Terdahulu, Datuk Vida sebelum ini dipuji kerana kesungguhannya membuat trend tersebut berjaya dengan hasil yang membuatkan netizen puas hati.
Untuk info, solekan ‘Asoka’ kini sedang trending di platfrom TikTok dan ramai pempengaruh serta jurusolek turut melakukan trend tersebut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024