Hiburan
“Tak Baik Timbulkan Fitnah Dan Syak Wasangka Orang” – Nadia Brian Komen Isu Saman Blog Hiburan
Pelakon Nadia Brian masih belum boleh mengulas lanjut mengenai lanjut mengenai kes blog hiburan Rotikaya yang dianggap sengaja mensensasikan isu apabila menulis artikel hanya berdasarkan komen netizen di laman sosial.
Menurut Nadia, dia menyerahkan segala urusan kepada peguamnya untuk tindakan undang-undang.
“Kami masih lagi menunggu respon daripada pihak sana, perkara ini saya tak boleh nak ceritakan dengan lebih lanjut dan saya serahkan kepada peguam saya.
“Bagi saya keluarkan artikel-artikel seperti itu sangat tidak bagus dan tidak membantu saya langsung. Tidak baik untuk anda buat tindakan seperti itu jadi lebih baik saya serahkan kepada undang-undang.
Tambah Nadia lagi, dia bersyukur kerana kedua-dua belah keluarganya amat memahami situasi tersebut.
“Alhamdulillah, keluarga saya dan suami tidak begitu memberikan tekanan kepada saya, mereka kata kita ada undang-undang jadi kena buat secara betul.
“Sebab perkara-perkara itu menimbulkan fitnah atau syak wasangka orang lain terhadap saya selain boleh menjatuhkan reputasi saya,” jelasnya.
Terdahulu, Nadia membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Sri Hartamas kira-kira jam 5.30 petang tadi (Rabu) terhadap blog hiburan Rotikaya pada awal November lalu.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Must-Watch Video