Skip to main content

Berita Tempatan

Tak Berniat Untuk Bersaing Tapi Lebih Kepada Cabar Kemampuan Diri - Shahir

shahir-af-megastar.jpg
Penyanyi Shahir akui tidak berniat untuk bersaing di pentas AF Megastar sebaliknya lebih kepada mencabar kemampuan dirinya.
 
"Sebenarnya bukan sebab gelaran juara, yang tak menang itu pun hebat semuanya cuma tidak ada rezeki sahaja.
 
"Tentang bakat dan kualiti nyanyian mereka juga tidak boleh nak nafikan, memang power!
 
"Semua ada kelebihan masing-masing cuma kali ini saya tidak berniat untuk bersaing dengan rakan-rakan saya.
 
"Saya lebih kepada nak mencabar diri dan kemampuan sendiri sebab saya dah lama tidak membuat persembahan.
 
"Jadi yang penting saya mahu cabar diri untuk berikan persembahan terbaik dan puaskan hati peminat.
 
"Lagipun kalau kita anggap ini pertandingan saya rasa perkara itu akan lebih berikan tekanan. Jadi rasanya lebih baik saya enjoy saja," katanya.
 
Shahir ditemui Astro Gempak selepas sidang media program AF Megastar pada Selasa.
 
BACA: INILAH 24 PESERTA AKADEMI FANTASIA MEGASTAR
 
AF Megastar akan disiarkan secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam bermula 3 September depan setiap Ahad, jam 9 malam, hanya di Astro Ria (saluran 104) & Ria HD (saluran 123).

Teks oleh: Mya Amri
 

Must-Watch Video

Advertisement