LAMAN UTAMA
"Tak Buat Minta, Dah Buat Bising Pula" - PKPB Antara Topik Hangat Netizen
Pengumuman mengenai perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan dilaksanakan bermula malam ini ternyata menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
Platform media sosial hari ini dimeriahkan dengan pelbagai ciapan (tweet) mengenai perlaksanaan PKPB.
Berdasarkan pemerhatian Gempak, antara topik hangat yang menjadi perhatian sejak pagi tadi adalah posting berkaitan dengan penerimaan orang ramai terhadap PKPB.
Selamat menyambut ulangtahun kelahiran PKPB yang ke-2 untuk rakyat selangor, wilayah persekutuan dan seangkatan dengannya. Moga PKPB kalini penuh makna.Please do follow all the SOP. Sebelum terkene baik kita berhati hati. Dah kene nanti habislah cerita.— El_Nino (@abangude1) October 13, 2020
Ada yang menyambut baik dan ada juga yang meluahkan rasa kurang senang dan juga simpati terhadap nasib peniaga kecil-kecilan yang terkesan sejurus PKPB dilaksanakan kelak.Rasa macam ramai yg bising sebab kena pkpb.. tapi kalau tak buat, nnti kes naik makin banyak, sama jugak, bising jugak katanya tak pandai handle, lambat buat keputusan ? pening jugak duk scroll asyik baca benda sama je.. sana sini duk bising, siap ada yg maki ?— flwr (@amyrhz) October 13, 2020
Kalau difikirkan kesian ye tengok orang yang buka business tepi jalan. Baru nak mula business, nak kukuhkan pendapatan tiba tiba kena pkpb balik. Terduduk dibuatnya. Kita memang tak rasa dik, sebab bukan dari family kita. Bayangkan dia datang dari keluarga yang susah, Allahu— Megat (@zulhk_) October 13, 2020
Berbicara soal peniaga kecil-kecilan, rata-ratanya berharap orang ramai dapat membantu dengan membeli hasil jualan atau makanan mereka terlebih dahulu berbanding di restoran atau pasar raya.i harap kedai burger tepi jalan favourite i still boleh bukak after pkpb habis nanti, kesian la peniaga peniaga kecil ????— aisyah (@aisyaa__) October 13, 2020
"Taktahulah bro 2 minggu ni boleh meniaga ke tak."Guys, nampak peniaga tepi jalan, beli. Support ekonomi kita lagi-lagi PKPB ni. pic.twitter.com/B2DSSoDi60— ?? Ash Ariff (@ariff_ashman) October 13, 2020
Terdahulu, susulan peningkatan COVID-19 di Malaysia, kerajaan akan melaksanakan PKPB di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.Sumpah aku kesian dgn peniaga kecil kecilan ni. Kalu dah PKPB memang hmmm nak kais pun dah takde hasil sangat.Semoga Allah membuka lebih luas pintu rezeki buat hambanya yang teraniaya— 사랗 (@ladyara97) October 12, 2020
Kredit foto: Astro Awani / Twitter
Must-Watch Video