Isu pelakon Nabila Huda yang ditegur pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed selepas bergambar dengan seekor anjing baru-baru ini masih hangat diperkatakan.

Terbaru, penulis buku 'Dan Tuhan Ciptakan Anjing', Yussamir Yusof tampil melontarkan pendapatnya berhubung kemelut berkenaan menerusi satu posting di Facebooknya.

Menurut Yussamir, memandangkan dia ada menulis buku mengenai haiwan tersebut, dia merasakan wajar untuk memberi pendapat berhubung isu ini.

Jelasnya, anjing adalah haiwan yang Allah ciptakan dan secara umum, Islam menyuruh kita berbuat baik kepada semua ciptaan Allah.

"Anjing adalah binatang yang setia dan bijak. Malah Allah ciptakan Anjing dengan pelbagai kelebihan yang memberi manfaat kepada manusia," katanya.

Tambahnya, ada perbezaan antara haram dan najis.

"Tahi itu najis, bukan haram. Bila istinjak, tangan kita juga sentuh tahi tu. Tak haram untuk pegang, tapi ia najis.

"Macam itulah anjing. Tak haram pun, tapi najis. nak bergambar, bergambar je lah. Apa masalahnya? Lepas dah pegang, basuhlah dan sertulah.

"Nasihatlah dengan kasih sayang bukan menghukum. Jangan tergesa-gesa nak menghukum orang lain.

"Kalau ya pun nak tegur. Tegurlah dengan baik, saya ini bukanlah Pencetus atau siapa-siapa. Tapi bila dalam bab agama ini, berbicaralah dengan hikmah dan dalil," katanya.

Menerusi posting tersebut juga, Yussamir turut memberi penjelasan serta perbandingan antara Mazhan yang mengatakan anjing adalah najis dan sebaliknya.

Anda boleh lihatnya di bawah.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila aktres yang baru menjulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Drama Anugerah Skrin 2019 itu memuat naik swafoto bersama seekor anjing di New Zealand.

BACA: “Saya Dah Cibuk Muka Dan Samak” – Swafoto Bersama Anjing Husky, Nabila Huda Bersedia…

Tindakan itu menarik perhatian PU Syed untuk memberikan kata-kata nasihat buat Nabila.

BACA: "Setiap Inci Anjing Adalah Najis" - PU Syed Tegur Swafoto Na