Berita

“Tak Kan Nak Lewatkan Lagi…”- Ainul Aishah Bakal Mendirikan Rumah Tangga?

gempak
Syafiqah Jalal
15/01/2020
12:41 MYT
Sponsor Banner
“Tak Kan Nak Lewatkan Lagi…”- Ainul Aishah Bakal Mendirikan Rumah Tangga?
Pelakon Ainul Aishah akui mahu menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya, Khalid Redzuan secepat mungkin.
Menurut Ainul, 35, kepada Hlive, dia tidak mahu menangguhkannya lagi kerana usianya kini sudah semakin meningkat.
“Saya harap dapat tamatkan zaman bujang tahun ini, tak akan nak lewatkan lagi kerana kita bukan makin muda,” katanya.
Ainul dan Khalid sudah tiga tahun menyulam cinta.
Namun, Ainul memberitahu dia hanya berserah kepada jodoh untuk menentukan bila masanya mereka akan disatukan.
“Keluarga kedua belah pihak sudah mula saling mengenali dan rapat.
“Cuma jodoh tu tak tahu lah cepat atau lambat,” katanya lagi.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live