Pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati, Nabila Razali akui tidak kisah dengan gelaran 'chipmunk' yang diberikan oleh peminat kepadanya.
Kata Nabila, gelaran tersebut yang membuatkan dirinya dikenali sejak berada dalam program realiti Akademi Fantasia lagi.
"Sekarang pun mamang ada yang panggil saya dengan gelaran itu tapi saya tidak berkecil hati.
"Kalau dulu ketika di dalam akademi gelaran itu lebih kepada yang mengutuk suara saya namun sekarang keadaan itu sudah terbalik.
"Alhamdulillah, gelaran itu lebih kepada positif dan ada juga peminat yang suka mengusik saya dengan nama itu.
"Saya tidak kisah bagi saya dengan nama 'chipmunk' itu jugalah yang membuatkan saya dikenali.
"Saya anggap itu satu bonus untuk diri saya. Secara jujur, waktu mula-mula memang rasa sedih tetapi lama kelamaan saya jadikan kutukan itu sebagai motivasi untuk terus majukan diri dalam bidang seni," katanya kepada Astro Gempak.
Mengulas mengenai kerjaya lakonannya, Nabila melahirkan rasa syukur kerana wataknya dalam drama tersebut mendapat respon positif penonton.
"Sebenarnya memang gementar nak melakonkan watak Wafeen Wardah, lebih-lebih lagi saya menggalas watak utama.
"Takut juga nak tunggu reaksi penonton, namun saya rasa lega bila lakonan saya mendapat respon positif.
"Kadang-kadang bila saya keluar ada juga peminat yang memanggil saya dengan nama itu," ujarnya.
Teks oleh: Mya Amri
Mya Amri
Thu Jul 20 2017
Dituduh Tak Ikhlas Mohon Maaf & Tak Jujur Hubungan Dengan Aliff Aziz, Ini Respons Ruhainies!
Ruhainies jawab dakwaan mengenai dirinya.
Ummi Nazeera Tolak Tawaran Berlakon Lagi Dengan Aliff Aziz - “Bukan Sebab Dia Ada Buat Salah Tapi…”
Ummi tak nak lagi bekerjasama dengan Aliff.
Safiq Rahim Diserang Penjenayah, Cermin Kereta Dipecahkan Guna Tukul Besi
Bintang bola sepak tempatan Safiq Rahim berdepan detik cemas apabila cermin belakang kenderaan yang dipandunya dipecahkan oleh individu tidak dikenali dengan menggunakan tukul besi.
Seorang Maut, Seorang Cedera Dihempap Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Kugiran Masdo Bikin Konsert 'Free' Di Resorts World Awana!
Digelar sebagai The Beatles Malaysia, Kugiran Masdo bakal mengadakan konsert khas di Tempat Letak Kereta Terbuka, Resorts World Awana pada 25 Mei 2024, eksklusif untuk ahli-ahli kad Genting Rewards Card (GRC).
#MetGala: Busana Aluminium Foil, Rambut Pendek Michelle Yeoh Jadi Perhatian
Uniknya busana Michelle Yeoh.
THSS: Bukan Sekadar Pentas Nyanyian, Peserta The Hardest Singing Show Bakal Sajikan Aksi Lagak Shownmanship Yang Luar Biasa!
Program pertama paling susah di Malaysia, 'The Hardest Singing Show' bakal menguji kestabilan fizikal, mental dan kreativiti peserta dalam persembahan, di mana secara tidak langsung turut menguji kualiti vokal nyanyian mereka.
Hafiz Hamidun Berjaya Gabung Elemen Islamik & Budaya Melayu Dalam Konsert Zikir Dikir - “Kalau Ikutkan, Idea Untuk…”
Tahniah Hafiz Hamidun!
Tak Gemar Sambut Birthday, Ziana Zain Menangis Terima Surprise Anak-Anak
Penyanyi terkenal, Ziana Zain akui tersentuh apabila mendapat kejutan daripada anak-anaknya ketika ulang tahun kelahirannya yang ke-55 pada tahun lalu.
Uji Bakat - TikTok X ASTRO LIVE Gimme The Mic
Korang rasa korang ada bakat terpendam yang ingin dikongsikan? Ini lah masanya untuk anda menyerlah dan andalah yang kami cari! Jom join Gimme The Mic sekarang!