Norman berkongsi dan memuat naik sekeping foto dirinya memakai pakaian sekolah bersama rakannya di laman Instagram (IG) sempena peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Rata-rata netizen memuji ketampanan Norman yang tidak berubah dari zaman sekolah sehingga sekarang.
"@drizharariff: Tak logik..Wajah tak berubah mengikut usia..Ajaib."
"@nur_aysha_syahindah: Sama tak berubah."
"@syasyasafiai: Kenapa mukanya tak berubah ni..Ni gambar 2 tahun lepas ke?"
"@yanaadorea: Masyaallah, muka maintain je sampai sekarang, handsome..Hero pujaan wanita."
"@ida_jr: Maintain hensem adik @normanhakim_786."
Peperiksaan SPM 2018 telah bermula semalam dan akan berakhir pada 13 Disember depan.