Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Tak Mahu Ambil Risiko, JoZan Enggan Buat Podcast - “Kami Ada Jadual Kerja Yang Berbeza, Takut..”

Umirah Halim
12/09/2024 13:55 MYT
Di saat medium podcast menjadi norma baharu dalam kerjaya sesetengah artis sejak kebelakangan ini, pelawak Johan dan Zizan Razak enggan membuang masa melakukan platform yang sama.

Tak mahu ambil risiko

Johan dan Zizan atau mesra disapa JOZAN, tidak mahu mengambil risiko untuk menubuhkan platform tersebut kerana kedua-duanya mempunyai komitmen dan jadual kerjaya yang berbeza meskipun sedar akan potensi mereka dalam bidang podcast.

“Kami berdua ada jadual masing-masing. Boleh nak buat podcast, cuma kami berdua ada jadual kerja dan komitmen yang berbeza.

ARTIKEL BERKAITAN: Wajib Tonton! JoZan Buat Comeback Menerusi Baik Punya Ah Long

ARTIKEL BERKAITAN: “Buat Podcast Bagus, Asalkan Tidak Melanggar Hukum Agama..” - JoZan

ARTIKEL BERKAITAN: Poster Ah Long Tawar Pinjaman Tergantung Di KLCC, Bertebaran Di Bukit Bintang? Netizen Terkejut - “Tak Pernah Di Buat Orang..”

ARTIKEL BERKAITAN: Baik Punya Ah Long: “Jozan ‘Kepala’ Paling Sesuai Lakonkan Filem Ini” – Datuk Afdlin Shauki

“Takut selepas satu atau dua sesi, kami sidai orang sebab kedua-duanya sibuk bekerja.

“Baik kami dijemput ke sesi podcast orang lain, itu tak apa,” kata Johan ketika ditemui Gempak selepas majlis sidang media filem Baik Punya Ah Long di Mid Valley pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, JoZan bakal kembali ke layar perak menerusi filem ‘Baik Punya Ah Long’.

Untuk info, filem arahan pengarah Datuk Adflin Shauki itu akan ditayangkan di pawagam pada 12 September depan.

Selain Zizan dan Johan, antara pelakon lain membarisi filem berkenaan ialah Liyana Jasmay, Adibah Noor, Adlin Aman Ramlie dan ramai lagi.

Sinopsis:

Baik Punya Ah Long mengisahkan tentang dua adik beradik, Aloy dan Ale yang diminta oleh ayah mereka untuk menjalankan perniagaan. Meskipun Aloy dan Ale tidak mempunyai pengalaman, mereka tetap menyahut cabaran ayah mereka. Jadi, wujudlah perniagaan pinjaman wang oleh Aloy dan Ale. Perniagaan mereka telah mengugat Lan Panda dan menyebabkan ketidakpuasan hati. Lan Panda mulakan agendanya untuk menghapuskan Aloy dan Ale.

#Jozan #Podcast #Jadual #Tak Mahu #berbeza