,
Laman Utama

“Tak Mahu Perbesar Isu, Kes Lalu Jadi Pengajaran” - Masya Masyitah

Mya Amri
16/07/2021
04:15 MYT
Penyanyi Masya Masyitah tidak mahu memperbesarkan isu berhubung dakwaan pulang ke kampung halaman di Kulim, Kedah dari Kuala Lumpur menggunakan surat merentas negeri ibunya.
Menurut Masya, isu yang berlaku itu banyak memberikan pengajaran buat dirinya.
“Kalau bercakap fasal netizen, saya akui tidak mampu untuk mengawal apa yang mereka fikirkan atau perkatakan tentang saya.
“Saya akui mungkin silap itu ada pada saya kerana berkongsi tentang pulang ke kampung pada ketika itu.
“Kalau boleh saya tidak mahu memperbesarkan isu ini. Cukuplah, apa yang berlaku sebelum ini saya sudah mengambilnya sebagai satu pengajaran dalam hidup saya.
“Saya juga sudah melakukan seperti yang diminta dan sebolehnya tidak mahu ambil tahu lagi, takut nanti saya pula yang kena balik,” ujarnya.
Masya berkata demikian pada majlis pelancaran single mandarin solo pertama berjudul Jiu Meng Xin Su yang diadakan secara virtual, semalam.
Mengulas mengenai kes tersebut, Masya berkata dia telah hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada 16 Mei lalu.
“Saya telah hadir memberi keterangan pada sambutan Aidilfitri lalu dan sepanjang proses siasatan berlangsung, saya telah memberikan kerjasama yang baik.
“Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Sejujurnya saya tak rasa takut sebab saya bukan mencuri, menipu atau kenal orang dalam untuk dapatkan surat rentas.
“Waktu itu polis memang benarkan untuk merentas negeri bagi pasangan jarak jauh. Jadi saya harap isu ini tak perlu diperbesarkan lagi," jelasnya.
Untuk info, polis sebelum ini menjalankan siasatan terhadap Masya yang didakwa pulang ke kampung menggunakan surat kebenaran merentas negeri pasangan jarak jauh disebabkan ibu dan bapanya tinggal berjauhan.
Bagaimanapun, Masya telah memohon maaf dan memberi penjelasan mengenai perkara tersebut.
Namun penjelasan itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mendakwa Masya mengambil kesempatan terhadap kebenaran merentas negeri berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Kahwin Dengan Aslam Ketika Masih Belajar, Misya; "Dapat Anak Pertama, Berpantang Masa Internship"

gempak
03/03/2024
14:55 MYT
Umisya Mazlan mendedahkan dirinya pernah belajar di sekolah tahfiz.
Laman Utama

Selepas Masya Masyitah, Kali Ini Nabila Huda Tak Kenal Nad Zainal Pula?

gempak
23/08/2023
23:50 MYT
Kenapa pula?
Laman Utama

“Siapa Kata Ayah Saya Tanggung?” – Masya Masyitah Akhirnya Bersuara Isu Buka Tudung

gempak
07/08/2023
03:50 MYT
Doa yang baik-baik.
Laman Utama

Buat ‘Kecoh’ Buka Tudung, Ramai Nak Tahu Siapa Masya Masyitah? Ini Faktanya!

gempak
31/07/2023
12:50 MYT
Fakta menarik tentang Masya Masyitah.
Laman Utama

Pakai Skirt & Rambut Pink Barbie, Masya Masyitah Buka Tudung? Netizen - “Sebelum Ni Pakai Pelik, Kira Dia Dah Bagi Hint Tu”

gempak
30/07/2023
07:41 MYT
Ramai terkejut penampilan baru Masya Masyitah
BorakSeeni