Laman Utama
Tak Mahu Risikokan Keluarga, Syarif Sleeq Berhenti Merokok
Bekas penyanyi duo kumpulan Sleeq, Syarif akui sudah berhenti merokok dan menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Menurut Syarif dia gembira kerana dapat menghentikan tabiat tersebut dan tidak mahu keluarga menanggung risiko.
“Saya berhenti merokok kerana saya pernah cakap pada diri saya yang sama mahu kehidupan yang sihat supaya saya boleh menikmati lebih banyak momen indah seperti ini (bersama anak dan keluarga).
“Saya gembira kerana saya dapat berhentikan tabiat itu dan tiada rasa sedikit pun hendak merokok kembali.
“Keluarga saya adalah sumber inspirasi dan saya beritahu diri saya sendiri yang saya tidak mahu meletakan keluarga saya dalam risiko kerana mereka masih kecil dan rapuh.
“Saya harap saya dapat hidup bersama hingga ke tua bersama pasangan dan melihat anak-anak membesar,” katanya.
Syarif yang berasal dari Singapura itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, dia memuat naik foto serta momen indah bersama anak-anaknya.
Tambah Syarif lagi, jika ramai lagi yang berniat hendak berhenti merokok, janganlah menangguh keinginan tersebut kerana bulan Ramadan adalah bulan yang sesuai untuk memulakannya.
“Bagaimana dengan anda? Jika anda sedang menanti masa bila hendak berhenti, tiada masa yang terbaik selain bulan Ramadan ini.
“Ia adalah bulan yang terbaik untuk anda refleksi diri dan memperbaiki diri. Masa yang terbaik itu yang akan mengawal segala perubahan yang anda mahu dalam hidup. Saya tahu anda boleh lakukan,” beritahunya lagi.
Syarif mendirikan rumah tangga dengan wanita yang berasal dari negara yang sama, Malaque Mahdaly dan dikurniakan sepasang cahaya mata.
Must-Watch Video