HIBURAN
Tak Mahu Terpalit Kontroversi, Amir Masdi Mahu Jaga Nama Baik Keluarga - “Saya Perlu Tunjukkan...”
Penyanyi, Amir Masdi mengakui dia sangat komited dalam menjaga tingkah lakunya bagi mengelakkan diri daripada terpalit dengan sebarang kontroversi yang berlaku.
Jelas Amir atau nama sebenarnya, Amir Syazwan Masdi, dia sentiasa berhati-hati dalam setiap perlakuan kerana menyedari dirinya sering menjadi perhatian untuk peminatnya.
“Sebagai seorang penyanyi yang sentiasa diperhatikan orang ketika di atas pentas, saya perlu tunjukkan contoh yang baik.
“Kalau saya tunjukkan perkara yang baik, maka perkara positif yang akan tersebar dan menjadi bualan. Tapi kalau saya tonjolkan sebaliknya maka perkara negatiflah yang akan tersebar,” katanya kepada Gempak.
Amir berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di acara showcase Big Stage yang diadakan di Pavillion, Kuala Lumpur pada Rabu.
Bagaimanapun, pelantun lagu Asmara itu juga mengakui dia tidak mahu memalukan keluarganya sendiri jika dirinya terpalit dengan kontroversi yang mampu mencemarkan imejnya sebagai seorang selebriti.
“Sudah tentu saya akan risau kalau nama tercalar disebabkan terpalit dengan apa-apa kontroversi yang tidak baik. Lagi-lagi bila balik kampung nak berjumpa dengan saudara-mara, sudah tentu akan adanya rasa malu jika kita ini terpalit dengan kontroversi.
“Jadi, saya perlu berusaha menjaga diri sendiri supaya tidak memalukan keluarga dan orang terdekat saya,” jelasnya.
BERITA BERKAITAN: Amir Masdi Kongsi Foto Bersama Wanita, Netizen Mula Buat Spekulasi - “Tahniah, Bila Berlangsung?”
BERITA BERKAITAN: Amir Masdi Lancar Album Kedua AM:PM, Rakam 12 Lagu & MV Di UK!
BERITA BERKAITAN: "Saya Terlalu Sibuk!" - Amir Masdi Tak Sempat Fikir Fasal Cinta, Hanya Fokus Kerja Sahaja
BERITA BERKAITAN: Menciap Sedih & Penat, Ini Penjelasan Amir Masdi - "Sebenarnya, Semua Ayat Itu ..."
Must-Watch Video