,
Berita

“Tak Mengapalah Mummy…Kebenaran Pasti Datang, Keadilan Pasti Menjelma” – Anak Lelaki Pengasas Dnars

Fiza Kamarudin
02/07/2020
02:15 MYT
Anak lelaki kepada pengasas kosmetik Dnars Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, Mohamed Aqbar Hakim Jasman reda dengan ujian menimpa dirinya.
Perasaan tersebut digambarkan Aqbar menerusi sebuah posting di laman sosial Instagram (IG)nya, sehari sebelum kesnya dibicarakan.
“Mummy...abang minta maaf kerana belum sempat melawat Mummy selepas abg dibebaskan polis. Peguam tidak benarkan abang pergi jauh dari kawasan ni, kerana bila-bila masa akan didakwa di mahkamah.
“Mummy, esok abang akan didakwa di mahkamah Jalan Duta. Mummy jangan risau .Abang akan steady untuk hadapi semua cabaran ini,” tulisnya. Bagaimanapun anak sulung daripada tujuh beradik itu bersyukur kerana ahli keluarga dan sahabat berdiri teguh dibelakangnya memberikan sokongan serta semangat.
“Semua orang berdiri belakang abang. Semua sahabat-sahabat Dnars ada di kiri kanan abang. Semua ahli-ahli keluarga Mummy berdiri belakang abang.Kawan yang betul-betul kawan support habis-habisan.
“Tak mengapalah Mummy, kebenaran pasti datang. Keadilan pasti menjelma. Cahaya keadilan sudah mulai kelihatan walaupun sayup-sayup di hujung terowong. Arwah baik ramai sayang.
“Al-Fatihah untuk bondaku tersayang,” tulisnya. Aqbar, 20, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pada Rabu atas pertuduhan mengugut bapa tirinya melalui WhatsApp. Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Mageswary.
Tertuduh didakwa menakutkan secara jenayah terhadap bapa tirinya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 43, dengan ugutan hendak menyebabkan kematian iaitu dengan menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp dibaca: "Papa igt deh kalau adik ore mati, ore g pancung belako".
[[BACA:"Papa Ingat Deh Kalau Adik Ore Mati, Ore Gi Pancung Belako” – Anak Lelaki Pengasas Dnars Didakwa Ugut Bapa Tiri]]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Hiburan

Prosiding Cerai Diadakan Secara Tertutup, Farid Kamil Sempat Berselawat Sementara Menunggu

gempak
20/11/2024
02:08 MYT
Pelakon Farid Kamil dilihat berselawat sementara menunggu prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian yang difailkan isterinya, aktres Diana Danielle.
Unitar