Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memberi saranan kepada pihak kerajaan supaya membenarkan pelanggan makan direstoran mengikut SOP yang ditetapkan.

Cadangan itu diutarakan oleh Fazley sebagai usaha untuk membantu pengusaha-pengusahara restoran yang terkesan akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan kali ketiga baru-baru ini.

Fazley berkongsi inisiatif berkenaan menerusi rakaman video pendek yang dimuatnaik di akaun Instagramnya pada semalam.

“Saya terpanggil untuk berkongsi terutamanya kepada pihak berwajib kalau boleh memberikan peluang kepada pengusaha restoran untuk membenarkan pelangan-pelangan kami dine in.

“Mungkin satu meja dua orang dan diberikan diperhalusikan dengan SOP yang ketat. Bermakna perlu daftar mySejahtera, perlu pakai hands sanitizer dan kemudian bila nak makan baru buka mask.

“Selepas makan mereka perlu keluar restoran. Saya rasa saya mewakili ramai pengusaha restoran yang terkesan dengan MCO yang dilaksanakan baru-baru ini,” katanya.

Menerusi video yang sama, Fazley juga berharap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan yang diutarakan.

“Kalau boleh lah pihak kerajaan... Saya merayu sangat membenarkan pengusaha restoran untuk membolehkan pelanggan dine in dengan SOP yang ketat.

“Ramai yang terkesan... Bukan mudah bila dah balik kerja kami nak oder makanan sebab rider tak ramai, mereka juga berkejar-kejar.

“Jika diberi peluang untuk membenarkan pelanggan makan di restoran ia membantu banyak pihak.

“Jadi itu hanyalah saranan saya dan kepada pihak berwajib jangan kecil hati, ini adalah permintaan ikhlas daripada saya dan saya percaya ramai juga pengusaha-pengusaha restoran lain,” jelasnya.

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)


Untuk info, kerajaan telah memutuskan perlaksanaan PKP kali ketiga dibeberapa buah negeri bermula 6 Mei lalu.

Pelaksanaan itu dilakukan bagi membendung penularan COVID-19 yang semakin meningkat.