Gelagat seekor kucing menyorok di dalam meter kereta yang tular baru-baru ini undang rasa geli hati netizen.
Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok oleh pemilik kucing tersebut, Ash Halim, kucing yang bernama Mochi itu dikatakan bertindak sedemikian kerana takut untuk pergi vaksin.
@ashashikin0 Bila kucing kau warna oren Nama dia Mochi tapi dia punya akal ? boleh buat bibik panas hati lah #CapCut #oyennakal #sikucingoyen #kucingtakut ♬ original sound - Ash Halim
“Bila kucing kau warna oren Nama dia Mochi tapi dia punya akal, boleh buat bibik panas hati lah.

Berita Trending: Netizen Teruja Lihat Kenduri Kahwin Bak ‘Pasar Malam’, Pengantin Kongsi Kos…

“Sebenarnya nak bawa dia pergi vaksin je tapi dia punya takut sampai menyorok dekat dalam meter kereta.
“Terpaksa lah minta tolong abang kedai aksesori kereta ni. Thank you abang,” tulisnya pada hantaran tersebut.
Video yang berdurasi 1 minit 11 saat itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata terhibur dengan gelagat lucu yang dipaparkan kucing itu.
“Tak pasal-pasal abang aksesori tambah satu kepakaran dalam resume.
“Cats are liquids, gemuk-gemuk macam tu muat weh.
“Kak kenapa tak blur kan muka oyen? Aib dia dah tersebar,” tulis beberapa netizen dengan nada seloroh.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu telah mendapat sebanyak 600,000 tontonan di aplikasi TikTok.