,
Laman Utama

“Tak Payah Nak Bitter Sangat…”- Isu Perli Perampas, Intan Saleh Tampil Respon

Syafiqah Jalal
14/10/2021
14:51 MYT
Semalam, nama Intan Saleh mula mendapat perhatian gara-gara video yang dimuat naik ke akaun TikTok miliknya yang berbunyi seperti memerli golongan wanita yang merampas pasangan lain.
Video yang dimuat naik oleh bekas isteri pemuzik, Ude Wahid itu menjadi tular dan kini mencecah jumlah tontonan lebih 1 juta.
“Kau cantik? Rampas hak orang tak? Rampas? Lemah!,” antara dialognya.
@intanroxssaleh
#forfunonly♬ original sound - Nurhayatitahirr Konten video berkenaan mendapat perhatian netizen yang rata-rata mendakwa kononnya Intan seolah-olah seperti mahu menujukannya kepada isteri kepada bekas suaminya iaitu Izreen Azminda.
Malah Intan dituduh belum ‘move on’ dengan isu rumah tangga yang dihadapinya dahulu.
“Sudah-sudah lah. Kan kat Melodi dah minta maaf. Pergi buat benda-benda macam ni nampak sangat ujian rumah tangga dulu tu sebenarnya nak ajar kamu yang sama-sama lemah,” komen salah seorang netizen.
Intan tidak berdiam diri malah menjawab komen netizen itu dalam konten terbaharu di akaun TikTok.
“Tak payah nak bitter sangat, itu just content… just nk berhibur, kalau tak suka scroll laju-laju.
“Kat melodi dah minta maaf siapa yang minta maaf?
“Ujian rumah tangga tu betul kita semua ada ujian berbeza untuk melaluinya,” jawabnya.
@intanroxssaleh
Reply to @missharummaneh♬ original sound - intanroxssaleh Untuk rekod, Intan berkawin dengan Ude pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac 2018. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 5, serta Ariq Muqri, 3 tahun.
Intan sempat bermadu selepas Ude mengahwini pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017 secara tutup tanpa kehadiran media.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Hiburan

A.R. Rahman, Isteri Bercerai Selepas 29 Tahun Berkahwin

gempak
20/11/2024
10:30 MYT
Komposer dan penyanyi playbank tersohor India, A.R. Rahman mengumumkan telah bercerai dengan isterinya, Saira Banu selepas 29 tahun berkahwin.
Hiburan

“Kami Cuba Perbaiki Tapi…”- Emma Maembong Nafi Cerai Disebabkan Orang Ketiga

gempak
20/11/2024
08:30 MYT
Pelakon Emma Maembong menjelaskan punca keretakan rumah tangganya bukanlah disebabkan kehadiran orang ketiga tetapi ia adalah atas persetujuan bersama semua pihak.
Terkini

Diana Danielle Luah Rasa Syukur Urusan Mahkamah Berjalan Lancar -  “Selepas Ini, Proses Perceraian Pula…”

gempak
20/11/2024
05:36 MYT
Diana menerusi Instastory turut berharap proses perceraian yang dijangka akan diadakan pada 2 Disember di mahkamah yang sama dapat diselesaikan dengan segera.
Terkini

Status Masih Suami Isteri, Diana Danielle; “Ini Bukan Momen Gembira Untuk Sesiapa Pun…”

gempak
20/11/2024
03:15 MYT
Akberdin berkata perakuan rujuk perlu diambil di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dokumen itu perlu dibawa ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan untuk permohonan perceraian yang ditetapkan pada 2 Disember ini.
Unitar