Skip to main content

Bollywood

Pelakon Dakwa Individu Tawar Bantuan Kewangan Demi Konten Media Sosial, Ambil Semula Wang

Pelakon Dakwa Individu Tawar Bantuan Kewangan Demi Konten Media Sosial, Ambil Semula Wang

Sekilas

  • Pelakon Bollywood Sharad Kapoor mendedahkan mengalami kesulitan kewangan dan merayu peluang pekerjaan dalam industri perfileman.
  • Sharad berkongsi pengalaman didekati individu yang memberi bantuan kewangan tetapi kemudian mengambil semula wang tersebut selepas merakam video interaksi mereka.
  • Pelakon itu kini menjauhkan diri daripada orang ramai dan menerima sokongan kewangan serta perubatan daripada pelakon terkenal Sonu Sood dan Salman Khan.
Advertisement

Pelakon Bollywood, Sharad Kapoor, baru-baru sempat mendedahkan mengalami kesulitan kewangan sekaligus merayu peluang pekerjaan daripada rakan industri perfileman.

Tidak lama selepas mendedahkan masalah yang dihadapi, dia kembali melakukan sebuah video yang mendakwa telah didekati individu yang mahu memberi bantuan kepadanya.

Advertisement

Namun, tindakan yang dilakukan hanya ‘wayang’ dan semata-mata untuk kandungan media sosial kerana selepas memberikan bantuan kewangan, individu tersebut mengambil semula wang berkenaan selepas merakam video interaksi mereka.

Berasa terganggu dengan pengalaman itu, pelakon berkenaan mengambil keputusan untuk tidak lagi bertemu pelawat yang datang menemuinya.

Menerusi video di Instagram dia menjelaskan insiden mengecewakan sehingga mendorongnya membuat keputusan tersebut.

Advertisement

Dalam video berkenaan, Sharad meluahkan rasa terima kasih kepada industri perfileman, peminat serta individu yang benar-benar mengambil berat tentang keadaannya.

"Saya sangat berterima kasih kepada industri perfileman, peminat dan mereka yang benar-benar mengambil berat tentang saya. Anda semua memberikan begitu banyak kasih sayang, lebih daripada yang mampu saya bayangkan.

"Namun, banyak perkara mengelirukan dipaparkan di media sosial. Ada individu tiba-tiba meletakkan wang di tangan saya sehingga saya sendiri tidak memahami apa yang sedang berlaku.

"Saya benar-benar keliru. Seseorang tiba-tiba menghulurkan wang dan apabila saya bertanya, 'Apa ini, saudara?', mereka hanya meminta saya memegangnya sebentar.

"Saya tertanya-tanya, mengapa mereka berkelakuan sedemikian?

“Disebabkan perkara itu, saya mengambil keputusan untuk tidak lagi bertemu orang ramai dan hanya menyambut mereka dari jauh dengan tangan dirapatkan sebagai tanda hormat," katanya seperti dilaporkan Hindustan Times.

Video itu turut dikongsikan rakannya, Hema Choudhary, menerusi laman Instagram Bezubaan Trust.

Hema turut memuat naik satu lagi video bagi menjelaskan bahawa tindakannya mendedahkan keadaan Sharad secara terbuka adalah bertujuan mendapatkan bantuan buat pelakon itu, bukannya menjadikan kesusahannya sebagai bahan perhatian umum.

Malah, Hema mendedahkan dia pernah bertanya kepada Sharad mengapa menerima wang daripada individu yang tidak dikenali.

Menurut Hema, Sharad memberitahu individu terbabit memaksanya memegang wang berkenaan sebelum merakam interaksi mereka dan kemudian mengambil semula wang tersebut.

Bersama perkongsian itu, Hema menulis: "Tolong, tolong biarkan dia menjalani kehidupannya dengan tenang. Hentikan video-video derma seperti ini."

Hema turut mengkritik tindakan segelintir individu yang menghasilkan kandungan video berkaitan sumbangan serta paparazi yang cuba mendapatkan kenyataan daripada pelakon berkenaan.

"Saya mewakili kebajikan haiwan. Anda semua sedang menjadikan keadaan Sharad Kapoor yang semakin merosot sebagai satu tontonan.

"Dia mengalami trauma dan tidak berada dalam keadaan mental yang stabil. Anda mendekatinya serta memaksanya memberikan kenyataan. Tolong jangan ganggu atau menganiayanya.

"Kami tidak pernah meminta wang daripada sesiapa. Dia memerlukan rawatan perubatan dan perkara itu sedang kami usahakan," katanya lagi.

Sharad yang pernah berkongsi layar dengan bintang terkenal seperti Shah Rukh Khan dan Hrithik Roshan sebelum ini turut mendedahkan dirinya berdepan masalah kemurungan.

Keadaan hidupnya mula mendapat perhatian selepas video yang memaparkan dia terpaksa berpisah dengan empat ekor anjing peliharaannya tular di media sosial.

Susulan kejadian itu, Sharad merayu bantuan daripada tokoh industri perfileman, termasuk Persatuan Artis Filem dan Televisyen India (CINTAA), bagi mendapatkan peluang kembali bekerja dalam bidang lakonan.

Menerusi satu lagi video, pelakon itu turut berkongsi pengalaman berdepan kemurungan serta tindakannya menjauhkan diri daripada orang ramai selepas melalui beberapa pengalaman yang menyakitkan.

Sharad juga mendedahkan dia terlantar di atas katil selama dua hingga tiga tahun dan menyimpan hasrat untuk kembali aktif dalam dunia lakonan.

Menurutnya, dia memerlukan sokongan kewangan, moral dan mental, malah tidak berasa malu untuk meminta peluang pekerjaan.

Dalam perkembangan sama, Sharad menjelaskan dia mengalami kecederaan pada bahagian kaki ketika bermain bola sepak beberapa bulan lalu.

Dia turut menafikan sebarang tanggapan bahawa penjualan keretanya berpunca daripada masalah kewangan, sebaliknya menjelaskan tindakan itu dibuat kerana tidak lagi memerlukan kenderaan berkenaan.

Jelasnya, keutamaan ketika ini adalah mendapatkan tawaran lakonan yang bersesuaian bagi membolehkannya kembali membina kerjaya dalam industri perfileman.

Sementara itu, dua pelakon terkenal Bollywood, Sonu Sood dan Salman Khan dilaporkan sudah menghulurkan bantuan kewangan serta perubatan bagi meringankan beban yang ditanggung Sharad.

Anda mungkin berminat dengan

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

Emas Jaguar (6.86g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 50CM + Loket Love Ace (416500201+LA756)

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

adidas Football PREDATOR CLUB Fold-Over Tongue Firm Ground/Multi Ground Football Boots Unisex Pink HQ2273

adidas Football PREDATOR CLUB Fold-Over Tongue Firm Ground/Multi Ground Football Boots Unisex Pink HQ2273

( FREE PILLOW ) Dr. Macio SpinoRes King / Queen / Super Single / Single Mattress German Spring Coil + Coconut Fiber 10

( FREE PILLOW ) Dr. Macio SpinoRes King / Queen / Super Single / Single Mattress German Spring Coil + Coconut Fiber 10

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Tali Jam 1.0CM (29961099TJ)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Tali Jam 1.0CM (29961099TJ)

JDT Vneck Blood Abstract

JDT Vneck Blood Abstract

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement