Pelakon dan usahawan kosmetik Wawa Zainal menunjukkan kepakaran dalam bersolek tebal apabila selesai mempelajarinya dalam sebuah kelas solekan.

Menerusi laman sosial Instagram, Wawa berkongsi tiga keping foto hasil tata rias sentuhan tersendiri untuk tatapan umum.

“Hasil make-up dengan cikgu @fiqahhafizi. Wawa buat sendiri tau. Ya Allah tak percaya Wawa dah pandai make-up yang heavy sikit macam ni.

hasil makeup class dgn cikgu @fiqahafizi ? wawa buat sendiri tau? ya Allah tak percaya wawa da pandai makeup yg heavy sikit mcm ni.. yg reti basic melampau2 tu je hahahhh. Alhamdulillah tq @fiqahafizi ajar kitee.. ni makeup glowing natural look .. sesuai utk tunang , nikah ,sanding .. nak wawa bt tutorial tak?‍♀️

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal) on

“Yang reti basic melampau-melampau tu je, hahaha. Alhamdulillah Fiqah ajar kita. Ni solekan glowing natural look, sesuai untuk tunang, nikah, sanding. Nak Wawa buat tutorial tak?” tulis Wawa di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu lagi, wajah Wawa kelihatan cukup seksi dan jelita apabila mengenakan solekan tebal tersebut.

Di ruangan komen, ramai wargamaya yang memberikan pujian dan komen positif terhadap hasil solekan Wawa.

“Orang kalau dah lawa, letak watercolour pun lawa. Ini kan pula tenyeh make-up,” kata seorang wargamaya.

“Cantiknya kak Wawa! Teringin sangat nak bersolek macam ni,” puji seorang wargamaya.

“Lawanya Wawa, glowing-glowing gitu. Nanti buatlah tutorial please,” pinta seorang wargamaya.

“I tunang nanti Wawa la make-up kan boleh?” usik seorang wargamaya.

“Tercantik macam bidadari, anugerah Allah,” komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto solekan tersebut telah menerima hampir 60,000 tanda suka daripada warga Instagram.