Laman Utama

Tak Perlu Imbas Suhu, Isi Buku Rekod Lagi Sebelum Masuk Premis! – Dua SOP Ini Dimansuhkan Bermula Jumaat

gempak
Fiza Kamarudin
08/02/2022
23:15 MYT
Sponsor Banner
Tak Perlu Imbas Suhu, Isi Buku Rekod Lagi Sebelum Masuk Premis! – Dua SOP Ini Dimansuhkan Bermula Jumaat
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod mendaftar masuk di premis akan dimansuhkan bermula Jumaat ini.
Hishammuddin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
"Dengan pemansuhan ini, pemilik premis tidak lagi diwajibkan menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod di pintu masuk premis masing-masing.
“Namun, pendaftaran masuk menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti biasa.
"Bagaimanapun, sekiranya pemilik premis masih ingin meneruskan pelaksanaan SOP pemeriksaan suhu dan buku rekod, kerajaan amat mengalu-alukan dan menggalakkannya," katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan, pada Selasa.
Tambah Hishamuddin lagi pemansuhan berkenaan perlu dilakukan bagi memastikan negara bergerak ke hadapan.
"Kalau kita baca buku rekod, macam-macam contengan ada, ini tidak menggambarkan keadaan sebenarnya. Jadi untuk bergerak ke hadapan lebih balik kita tumpukan tujuh tonggak seperti disebut sebelum ini.
"Kalau kita masih dalam takuk dahulu, pada masa sama kita lihat ke hadapan dengan pendekatan baharu, akhirnya orang akan keliru.
"Jadi suhu badan dan buku itu tidak menjadi pertimbangan kita lagi," katanya.
Sumber: BH Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024