,
Laman Utama

Tak Perlu Mohon, Kerajaan Umum BPN 2.0 Dengan Peruntukan RM7 Bilion

Asraf Aided
23/09/2020
08:48 MYT
Kerajaan hari ini memperkenalkan Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin, atau KITA PRIHATIN dengan peruntukan RM10 bilion, lapor AWANI.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas hari ini berkata, keputusan itu diambil selepas melihat ia amat diperlukan rakyat dalam zaman yang serba mencabar ini.
Beliau berkata, pakej itu memberi tumpuan kepada empat golongan - B40 berkeluarga dan bujang, M40 berkeluarga dan bujang, golongan pekerja pelbagai bidang, dan peniaga mikro pelbagai bidang.
Melalui pakej KITA PRIHATIN, beliau berkata, kerajaan akan melaksanakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0, dengan peruntukan RM7 bilion.
“Mengambil kira segala kesukaran yang masih dihadapi oleh rakyat, Kerajaan membuat keputusan untuk menyediakan bantuan tambahan untuk rakyat melalui pemberian tunai tambahan di bawah Bantuan Prihatin Nasional 2.0 dengan peruntukan hampir RM7 bilion.
"Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung bulan Oktober 2020 dan keduanya, pada bulan Januari 2021. Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober 12 adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada bulan Januari 2021 adalah sebanyak RM300,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri: KITA PRIHATIN, hari ini.
Perdana Menteri berkata, jumlah bantuan yang akan disalurkan di bawah BPN 2.0 adalah seperti berikut:
Pertama: RM1,000 kepada 3.7 juta isi rumah B40.
Kedua: RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang.

Ketiga: RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40.

Keempat: RM300 kepada 1.7 juta kumpulan M40 bujang
Sumber : Astro AWANI // Firdaus Azil
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Belanjawan 2025: Peruntukan RM300 Juta Program Belia Kreatif MADANI, FDAM Sahut Seruan Kerajaan - "Moga Lebih Banyak Bakat Harumkan Nama Malaysia"

gempak
19/10/2024
08:40 MYT
Pengerusi Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Datuk Afdlin Shauki, menyambut baik pengumuman Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, dalam Pembentangan Bajet 2025 yang memperuntukkan RM30 juta untuk program Belia Kreatif MADANI.
Berita

Belanjawan 2025: Fail Warna Hitam Tarik Perhatian, Rupanya Beg Songket Tenunan Kelantan Jadi Pilihan PM, Ini Maksudnya

gempak
18/10/2024
08:25 MYT
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan Bangunan Perbendaharaan bersama-sama dokumen yang paling dinanti-nanti hari ini, iaitu dokumen Belanjawan 2025 Malaysia MADANI untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.
Hiburan

“Terima Kasih Ajar Buat Roti Jala & Cendol” - Khairul Aming Terima Penghargaan PM New Zealand, Siap Puji Makanan Malaysia Sedap

gempak
20/09/2024
12:20 MYT
“Terima Kasih Ajar Buat Roti Jala & Cendol” - Khairul Aming Terima Penghargaan PM New Zealand, Siap Puji Makanan Malaysia Sedap
Hiburan

M. Nasir Berbesar Hati Terima Kedatangan PM ke Konsert Cipta

gempak
22/08/2024
05:25 MYT
Penyanyi lagenda, Datuk M. Nasir berbesar hati menerima kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke konsert Dato M. N45IR Cipta pada 10 Ogos lalu.
Berita

Rombakan Kabinet? Ini Jawapan Perdana Menteri

gempak
12/08/2024
15:25 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan akan berlaku sekali lagi rombakan Kabinet di bawah pentadbirannya.
Unitar