Berita

Tak Perlu Tunggu Kelulusan Rentas Negeri, Muat Turun Dan Isi Maklumat Dalam Aplikasi Gerak Malaysia Sekarang!

Asraf Aided
04/05/2020
10:00 MYT
Orang ramai yang terkandas dan mahu membuat pergerakan merentas negeri untuk pulang ke kediaman masing-masing perlu memuat turun aplikasi Gerak Malaysia.
Gerak Malaysia adalah aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), untuk membantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguruskan pergerakan orang ramai ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan di negara kita.
Lebih mudah lagi, orang ramai yang mengisi maklumat mereka dalam aplikasi ini tidak perlu menunggu kelulusan kerana pihak polis boleh mengakses maklumat mereka di aplikasi tersebut.
Memetik laporan BH Online, perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed ketika sidang media yang diadakan semalam.
"Polis akan mendapat akses maklumat pemohon menerusi aplikasi Gerak Malaysia.
"Jika mereka ditahan di sekatan jalan raya, anggota polis mempunyai maklumat individu yang mahu pulang ke rumah masing-masing," katanya.
Difahamkan, seramai 1.2 juta individu telah memuat turun Gerak Malaysia menerusi telefon pintar mereka.
Bagi anda yang masih belum memuat turun aplikasi Gerak Malaysia, dapatkannya di Apple App Store, Google Play Store ataupun Huawei AppGallery sekarang!
Dalam pada itu, PDRM juga telah merancang jadual pergerakan supaya orang ramai tidak tiba di satu lokasi secara serentak.
Jadual merentas negeri telah ditetapkan seperti berikut :
Khamis, 7 Mei 2020 - Orang ramai yang terkandas di Kuala Lumpur boleh pulang ke kediaman lain di seluruh negara pada tarikh ini.
Jumaat, 8 Mei 2020 - Untuk mereka yang berada di Perak, Johor dan Kelantan untuk ke lokasi keperluan masing-masing, khususnya Kuala Lumpur.
Sabtu, 9 Mei 2020 - Pergerakan untuk mereka dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang.
Ahad, 10 Mei 2020 - Untuk mereka di Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu
Selain mematuhi jadual pergerakan yang disediakan PDRM, orang ramai juga disyorkan untuk memulakan perjalanan pada waktu malam tarikh yang ditetapkan.
Sumber : BH Online, Facebook SKMM
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

PDRM Gerakkan Pasukan Penyelam Cari Telefon Pintar Milik Farah Kartini

gempak
16/07/2024
15:07 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan sepasukan penyelam (Unit Forensik) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor esok.
Terkini

Mahu Melancong Dengan Mudah? Jom Baca 5 Fakta Tentang Aplikasi Journify Holidays

gempak
04/07/2024
18:00 MYT
Malaysia Aviation Group (MAG) telah mengumumkan pelancaran aplikasi percutian, Journify Holidays yang akan berlangsung dari 3 hingga 5 Julai 2024 di Lot 10 Bukit Bintang.
Sukan

Sultan Selangor Titah PDRM Siasat Hingga Ke Akar Umbi Kes Faisal Halim

gempak
06/05/2024
03:55 MYT
Semoga pelaku cepat ditangkap.
Hiburan

Terima Aduan Berkaitan Kontroversi Aliff Aziz, SKMM Bakal Buat Siasatan

gempak
03/05/2024
05:55 MYT
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima aduan mengenai tindakan berterusan individu tertentu 'membuka aib' membabitkan hal peribadi selebriti kontroversi, Aliff Aziz di media sosial. Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, pihak berkenaan perlu meneliti aduan terbabit sebelum mengambil sebarang tindakan sewajarnya mengi
Terkini

Netizen Cadang Download Aplikasi Ini Untuk Mudahkan Perjalanan Pulang Ke Kampung

gempak
07/04/2024
03:55 MYT
Bagi mengelak diri dan keluarga tersekat atas jalan raya pada jangka masa yang lama, rancang perjalanan anda dengan memuat turun aplikasi daripada PLUS ini.