Laman Utama
Tak Pernah Belajar Baca Iqra, Nabila Huda 'Join' Kelas Ngaji Keisha
Pelakon Nabila Huda, 37, memilih untuk memanfaatkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan mengambil kelas mengaji bersama anak perempuannya, Keisha Laila.
Sebelum ini, Nabila atau lebih mesra disapa Abil, menggunakan masa dengan mempelajari bahasa Sepanyol dan Mandarin.
"Hi Assalamualaikum! Haha.. Selain dari belajar bahasa Spanish dan Mandarin, hari ini adalah hari pertama belajar Iqra bersama!
"Disebabkan kami selalu berentap nak menang dalam sebarang pertandingan, mummy buat keputusan untuk sertai kelas mengaji Keisha!" tulisnya.
Menerusi perkongsian itu, Abil turut memuat naik foto mengenakan selendang berwarna hitam dengan Keisha di Instagram (IG) miliknya.
Dalam pada itu, pelakon filem Munafik meluahkan rasa keterujaan untuk belajar membaca Iqra memandangkan ini adalah kali pertama dalam seumur hidupnya.
"Semestinya saya teruja gila sebab tak penah belajar Iqra seumur hidup. Masa dulu kite belajar Muqadam ja.. Jadi kite battle tengok siapa paling power ok?" tulisnya lagi.
Tindakannya itu telah mendapat respon positif daripada rakan artis dan pengikut setia.
Rata-ratanya tumpang gembira dan memuji dengan usaha murni pemilik nama Nabila Huda Suhaimi.
"@faizal tahir: Hanya doa yang baik untuk awak dan seisi keluarga. Allah memberkati awak dan orang yang awak sayangi selalu.
"@antasy.l: Alhamdulillah. Love sangat tengok Abil dapat menghabiskan masa berkualiti yang sangat diperlukan ini dengan Keisha. Semoga Allah permudahkan segala urusan korang sekeluarga.
"@dhamiraaziz: Alhamdulillah belajar Iqra pun berebut nak tengok sapa hebat," antara komen-komen ditinggalkan.
Must-Watch Video