Berita

“Tak Pernah Tanam Impian Nak Ke Sini, Saya Manusia Tak Sedar Dek Untung”- Shanell Harun Tunai Umrah

gempak
Syafiqah Jalal
30/01/2020
10:13 MYT
Sponsor Banner
“Tak Pernah Tanam Impian Nak Ke Sini, Saya Manusia Tak Sedar Dek Untung”- Shanell Harun Tunai Umrah
Pereka fesyen terkenal Shanell Harun mendedahkan sepanjang hidupnya dia tidak pernah menanam impian untuk ke Madinah dan menunaikan umrah.
Menurut Shanell Harun dia kesal kerana sebelum ini tidak pernah bersyukur dengan rezeki Maha Esa yang diberikan kepadanya.
Malah Shanell akui dia tetap melakukan banyak dosa tetapi Allah tidak henti memberikannya rezeki yang melimpah.
Namun jauh di sudut hatinya, setiap hari mahu jadi yang terbaik.
“Tak pernah dalam hidup saya menanam impian untuk datang ke sini, Manusia gak sedar diri dek untung rezeki Allah beri melimpah ruah.
”Itulah lah saya. Allah keeps on giving, dan saya pula terus melakukan dosa. Bukan buka pekung atau aib sendiri. Tapi ini la realiti.
“Manusia tidak pernah sedar nikmat dan rezeki Allah beri. Tapi jauh dari sudut hati ini, saya mahukan kehidupan yang baik serta menjadi seorang yang lebih baik,” tulisnya.
Shanell berkongsi tulisan tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut menunjukkan fotonya yang berada di sana.
Shanell berkata hatinya mula ‘terkuis’ selepas menghantae ibu bapanya untu mengerjakan umrah.
“Perlahan-lahan saya bekerja keras dan hantar Mak Abah ke tanah suci.
“Melihat mereka dari gambar-gambar yang kirimkan, terkuis hati untuk ke rumahNya.
“Not once I told anyone, pejam celik sedar tak sedar, hari ganti hari dan tiba tiba, here I am, berjalan di sebelah Makam Rasulullah, dan akan ke Kota Mekah esok,” katanya lagi. Shanell juga tidak menyangka dia dijemput ilahi meskipun telah banyak melakukan dosa.
“Berada di sini membuatkan saya tenang. MasyaAllah sehina-hina aku, Kau tetap menjemput aku.
“Tidak aku mengharap perubahan besar dan drastik, cukup la Engkau sentiasa dengan ku. Semoga diterima segala ibadah ku. Mudahkan perjalanan ku ke Mekah esok Ya Allah. Amin YRA,” pintanya.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terinspirasi dengan ceritanya.
Never in my life, ever. Have I ever dreamt of being here. Manusia xsedar diri xsedar dek untung rezeki Allah kasik melimpah ruah. . That’s me. HE keeps on giving, and I keep on doing all the sins like i never care. Bukan bukak pekung / aib sendiri. Tp ini la realiti. . Manusia tidak pernah sedar nikmat dan rezeki Allah kasik. But, deep down in the deepest part of my heart. I wanted a better life, to be a better person. In quiet. . Slowly, I worked hard . Hantar dulu Mak Abah. Seeing them sending me all the pictures to me, Terkuis hati utk ke rumahNya. . Not once I told anyone, pejam celik sedar xsedar, hari ganti hari dan tiba tiba, here I am, berjalan di sebelah Makam Rasulullah, dan akan ke Kota Mekah esok. . Being here, make me feel so calm. Mashallah, sehina hina aku . Kau ttp menjemput aku. Tidak aku mengharap perubahan besar dan drastik, cukup la Engkau sentiasa dgn ku. Semoga diterima segala ibadah ku. Mudahkan perjalanan ku ke Mekah esok Ya Allah. Amin YRA.
A post shared by shanellharun (@shanellharun) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live