Selepas satu bulan menahan lapar dan dahaga sepanjang bulan Ramadan, seluruh umat Islam pastinya teruja untuk meraikan kemenangan di bulan Syawal yang akan disambut pada 22 April depan.

Sudah pasti pelbagai persiapan akan dilakukan termasuk penyediaan baju raya yang akan digayakan sepanjang Syawal.

Apabila bercakap soal pakaian, sudah semestinya anda tidak mahu ketinggalan untuk mengikuti trend dan fesyen terkini untuk nampak tampan dan cantik ketika menziarahi saudara mara di kampung halaman.

Oleh itu, jom kami kongsikan kepada anda trend terkini untuk Syawal 2023!

#1. Warna pantone trending 2023

Sekiranya anda mahu membeli baju raya, eloklah kiranya anda memilih baju yang warnanya sedang menjadi buruan orang ramai. Untuk tahun ini, kami melihat warna yang menjadi trend adalah warna ungu (purple), hijau zaitun (olive) dan magenta.

Kalau anda memilih tiga warna panas yang kami senaraikan ini, mesti kelihatan kacak dan cantik seharian beraya. Confirm ramai puji warna baju anda.

#2. Corak batik

Batik merupakan pakaian masyarakat zaman dahulu yang dijadikan persalinan seharian mereka. Namun dalam dunia fesyen segalanya boleh menjadi unik dan kreatif. Malah batik kembali menjadi trend pada masa kini.

Kami cadangkan kepada anda, untuk sekurang-kurangnya memiliki satu pakaian bercorak batik. Selain kelihatan klasik, batik juga melambangkan anda sememangnya menghargai seni lama dan berjiwa Melayu.

#3. Fabrik tudung yang nyaman

Bagi golongan wanita, selain pening memikirkan busana apa yang ingin digayakan, pemilihan tudung juga merupakan hal yang susah untuk diputuskan. Kami cadangkan kepada anda untuk memilih fabrik kain yang ringan, sejuk dan mudah digayakan.

Apabila memilih fabrik ringan dan sejuk, anda tidak perlu risau untuk beraya hingga 10 buah rumah sekali pun, kerana anda kekal sejuk dan kurang berpeluh. Paling penting kekal anggun dan stay pretty!

#4. Bagaimana mahu kekal wangi sepanjang syawal?

Selain bergaya dengan busana yang cantik, sudah pasti ada satu hal yang anda titiberatkan iaitu bagaimana mahu memastikan pakaian raya kekal harum kan? Jangan risau, kami ada jawapannya, gunakan pelembut Downy Golden Luminous!

Apabila anda menggunakan pelembut Downy Golden Luminous, ia memberi anda kesegaran dan haruman berpanjangan dengan perlindungan daripada baju berbau busuk.
Selain itu, dengan Downy Golden Luminous juga, anda mampu berjimat kerana hanya menggunakan ¼ penutup kecil sudah menjadikan baju raya anda harum seharian ketika keluar beraya.

Menariknya lagi, Downy Golden Luminous juga melembutkan dan mengurangkan kedutan lantas membantu anda untuk setrika baju dengan mudah. Dalam masa sama ia membantu melindungi warna pakaian daripada luntur!

Nak tahu apa lagi best? Paling best apabila pelakon terkenal yang juga duta kepada Downy iaitu Mira Filzah turut menggunakan Downy Golden Luminous agar baju raya miliknya dan keluarga kekal wangi dan tidak mudah rosak.

Saksikan juga video persiapan Mira Filzah menjelang raya bersama Downy di sini. Gunakan pelembut Downy Golden Luminous dalam setiap cucian anda mulai hari ini.

Jadikan pelembut Downy Golden Luminous sebagai pilihan anda di hari raya ini. Dapatkan segera pelembut Downy Golden Luminous sekarang di sini untuk kekal harum dan segar agar anda sentiasa ceria sepanjang Syawal.