Laman Utama

Tak Sabar Jadi Ibu, Elly Mazlein Throwback Foto Berpantang Anak Pertama

gempak
Azwa Rahman
26/04/2021
11:50 MYT
Sponsor Banner
Tak Sabar Jadi Ibu, Elly Mazlein Throwback Foto Berpantang Anak Pertama
Pelakon dan pengacara Elly Mazlein terkenang sewaktu menjalani sesi berpantang selepas melahirkan cahaya mata sulung, Putri Sara Sefhia.
Menerusi laman sosial Instagram, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 41, memuat naik foto dalam tempoh berpantang itu untuk tatapan umum.
“Cerita dulu-dulu. Masa ni Putri Sara Sefhia baru satu bulan. Insya-Allah tak lama lagi dah nak jadi kakak manja dah. Sama kan,” tulis Elly di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, Elly dilihat sedang berpilis di dahi mendukung erat bayinya yang baru berusia 30 hari.
Kini Elly sedang hamil anak kedua bersama suami, Azlan Che Nuh.
Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan pengikutnya yang mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin anak kedua ini berjalan lancar.
“Bilalah agaknya nak merasa jugak macam Kak Kepom kita,” tulis pelakon Siti Elizad.
“Semoga Allah permudahkan semua urusan sampai bersalin nanti,” doa seorang wargamaya.
“Ingatkan dah bersalin, terkejut kita. Laju sangat kak Kepom,” usik seorang wargamaya.
“Bestnya dapat cium bau baby,” komen seorang wargamaya.
“Sweetnya moment ibu dengan bayi yang baru dilahirkan. Puas tengok segala penat menahan 9 bulan 10 hari sakit bersalin, nikmatnya lihat bayi dilahirkan sihat, wangi bau syurga.. tenangnya untuk ibu,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 45,000 tanda suka daripada wargamaya.
Imbas kembali, Elly pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014, namun, bercerai pada 15 Oktober 2015.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Puteri Sara Sefhia yang berusia lima tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024