,
Laman Utama

“Tak Sampai 24 Jam Dapat Kesan” - Hilang Di Ipoh, Jumpa Di Gerik, Pemuda Kongsi Kisah Menjejak Telefon Pintar

Azwa Rahman
07/10/2021
12:35 MYT
Duka seorang pemuda yang kehilangan telefon pintar iPhone bertukar gembira apabila dia berjaya menemui semula gajet tersebut menggunakan aplikasi pencarian.
Menerusi laman sosial Twitter, pemuda yang dikenali sebagai Aidil Akhlaken itu berkongsi sebuah video penemuan iPhone miliknya di kawasan semak menggunakan aplikasi ‘Find My iPhone’.
Menurutnya, telefon pintarnya yang hilang di Ipoh, Perak ditemui semula sejauh hampir 130 kilometer di bandar Gerik dalam masa 24 jam sahaja.
“Iphone aku hilang dekat family mart Greentown Ipoh jumpa dekat Gerik, dalam semak samun, tak sampai 24 jam dapat trace location, apps find my iphone mmg function teruks,” tulisnya. Difahamkan, aplikasi tersebut mengesan telefon pintar Aidil di kawasan semak berhampiran sebatang jalan yang dipercayai dibuang oleh pencuri tersebut.
Di ruangan komen, ramai wargamaya berkongsi kebaikan menggunakan aplikasi pencarian tersebut dengan kisah kehilangan telefon pintar masing-masing.
Aku punya bila trace balik tunjuk kat kedai makan yang aku sarapan tadi. Tanya orang kedai cakap tak tahu. Bila play sound baik jer bunyi kat dapur. Bangkai punya orang,” komen seorang wargamaya.
Update iOS 15.. off pun boleh trace,” pesan seorang wargamaya.
Selalu kalau pencuri/peragut dapat iPhone macam ni la. Dorang tau tak boleh buat apa diorang buang balik phone tu. Nak jual spare parts pun orang akan tanya mana dapat phone tu. Nak crack passcode pun tak boleh,” luah seorang wargamaya.
Mesti pencuri dia dah cukup 2 dose ni. Jauh betul dia nak campak sampai Gerik,” usik seorang wargamaya.
App find my iphone memang function i buat untuk track my fiancé sama jugak kat phone dia pun boleh track i senang if anything happen tahu location masing-masing,” komen seorang wargamaya.
Find my iPhone sumpah function. Mak memang susah nak angkat call. So kalau nak tahu dekat mana buka je Find my iPhone pastu tengok location,” tulis seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian pemuda tersebut telah mendapat hampir 150,000 tontonan daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Hilang Lebih Setahun, Lelaki Ini Cuba Bertahan Dengan Minum Darah Penyu & Air Kencing Sendiri

gempak
16/09/2024
14:55 MYT
Selepas 438 hari terdampar di lautan, seorang lelaki yang dikenali sebagai Jose Salvador Alvarenga akhirnya terselamat manakala rakannya tidak.
Berita

Tiga Maut, Enam Peserta Himpunan RXZ Cedera Kemalangan

gempak
16/09/2024
13:55 MYT
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, kemalangan melibatkan peserta Himpunan RXZ Members 6.0 itu dilaporkan berlaku di Marang, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Berita

Jumpa Gigi Manusia Dalam Kuih Bulan, Polis Lakukan Siasatan

gempak
16/09/2024
12:55 MYT
Pelanggan wanita itu terjumpa gigi berkenaan dalam kuih bulan yang berintikan daging.
Hiburan

Pertama Kali Join Reality Show, Zarif Ghazzi Teruja Jayakan Call Me Handsome Sempena Hari Malaysia – “Saya Terus Ambil, Tolak Semua Job”

gempak
16/09/2024
12:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Zarif Ghazzi teruja apabila membuat penampilan dalam sebuah rancangan realiti, Call Me Handsome.
Hiburan

Hun Haqeem Simpan Impian Untuk Anjur Pertandingan MMA Antara Selebriti - “Ini Adalah Langkah Pertama Saya Dalam Meneroka Bidang…”

gempak
16/09/2024
11:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem berkata dia dan aktor Andy Teh menyimpan impian untuk menganjurkan pertandingan seni bela diri campuran (MMA) membabitkan selebriti tempatan.