Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, 40, meluahkan rasa terharunya apabila impian untuk membawa anak, Siti Aafiyah ke Mekah terlaksana.
Siti yang bakal berangkat ke Mekah pada minggu depan bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan keluarga, berkata, beliau sudah lama menyimpan niat tersebut sejak sebelum hamil lagi.
Menurut Siti lagi, beliau teruja kerana buat pertama kali bakal membawa anaknya, Siti Aafiyah ke Mekah untuk menunaikan umrah.
“Saya selalu berdoa supaya dikurniakan rezeki cahaya mata setiap kali berada di Mekah. Andai diberi rezeki anak, saya mahu bawanya juga ke Mekah.
“Tidak sangka Allah jawab doa saya begitu cepat. Dalam usia Aafiyah baru mencecah setahun lebih dia dapat ke Mekah. Rasanya saya yang menumpang rezekinya,” katanya kepada Kosmo! Online.
Selain Mekah, penyanyi yang popular dengan lagu Anta Permana itu turut menyimpan niat untuk membawa anaknya ke Palestin.
“Saya turut berdoa dan menyimpan niat yang sama ketika berkunjung ke Palestin kira-kira dua tahun lalu. Harapnya suatu hari nanti saya dapat membawa Aafiyah ke Palestin pula,” ujar Siti.
Dalam perkembangan lain, Siti bakal melancarkan lagu raya bersama penyanyi dari Singapura dan Indonesia pada masa terdekat.
Berita: Kosmo! Online
Foto: Instagram @ctdk
Fiza Kamarudin
Thu May 16 2019


Peraduan Gempak Most Wanted

Lelaki Diseksa, Sapu Minyak Panas Pada Alat Kemaluan Sampai Kencing Berdarah Kerana Hubungan Tak DiRestui
Mimpi ngeri hubungan cinta tak direstui keluarga.

Firasat Ibu Kuat, Pelakon Ditemui Mati Ditanam Belakang Rumah Lepas 5 Bulan Hilang
Misteri kehilangan pelakon drama akhirnya terjawab.

#OhAbeNik: Sempoi, Stailo 'Malas-Malas'! Ini Gaya OOTD Mudah Ala Bintang Hollywood Dengan Adidas Samba OG
Apa sebab korang perlu stick dengan Adidas Samba OG?

#PE3: Lakonan Jahat Sharnaaz Ahmad ‘Pukau’ Penonton, Jom Kita Throwback Watak ‘Villain’ Dalam Polis Evo 1 & 2
Mantah boh!

5 Cara Mudah Hilangkan Bulu Badan Yang Anda Boleh Cuba Di Rumah... Nombor 5 Tu Memang Mantap!
Shhh, ini rahsia kita

Tak Sampai Dua Tahun, Khidmat Bapa Anzalna Nasir Sebagai CEO Finas Ditamatkan
Profesor Dr. Md Nasir menerima bayaran sebulan gaji bagi menggantikan notis.

"Ni Neraka Namanya!"- Tak Tahan Panas, Michael Ang Tanya Bila Nak Winter
Michael Ang Tanya Bila Nak Winter?

#GempakMostWanted: Kawan Anak Buat Group WhatsApp Puji Ijoy Handsome, Amir Ahnaf Masih #1 Dalam Carta? Semak Apa Best Minggu Ni!
Pecah perut gelak bila ada family Sheira Ijoy ni!

Ke Tepi Robert De Niro, Al Pacino Bakal Dapat Anak Pada Usia 82 Tahun!
Hebatnya!