Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui tidak menyangka dia bakal menimang cahaya mata pertamanya pada bulan hadapan.

Siti Nurhaliza meluahkan rasa terujanya menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya sebentar tadi.

Penyanyi Aku Cinta Padamu itu bersyukur akhirnya penantiannya selama ini bakal berakhir tidak lama lagi.

Siti Nurhaliza berharap agar proses kehamilannya dipermudahkan dan selamat sehingga dilahirkan.



Rata-rata peminatnya juga tidak sabar menanti kelahiran zuriat daripada penyanyi kesayangan ramai itu.

Siti yang dijangka bakal melahirkan bayinya pada Mac ini telah berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006.

Foto: Instagram @ctdk