Nama penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza baru-baru ini menjadi perbualan hangat netizen di sosial media.

Menerusi platform X, dapat dilihat ramai yang memuji keperibadian Siti yang disifatkan sebagai selebriti yang paling tunduk ke bumi, walaupun namanya sudah tidak asing lagi di industri muzik tanah air ini.

Netizen puji

"Siti Nurhaliza is the real icon and people know the way she is such a humble public figure, apa jua keadaan dia tidak sombong ya and jelas cerminan sopan santun beliau, yang penting Siti sama seperti dahulu, semakin tinggi kedudukan dia semakin dia tunduk.

"Sebutkan satu kontroversi Siti Nurhaliza. TIada kan? Dah cukup nak nobatkan dia sebagai artis paling bagus sepanjang abad. Nokhtah!

"Ada influencer baru famous sikit dah kekwat, malas layan penyokong. Respect gila Siti sebab peminat dia mestilah ramai gila & mesti macam-macam karenah dia dah hadap tapi tetaplah tiada cerita buruk pasal dia. Love teruk!

Kongsi pengalaman dengan Siti

Dalam pada itu, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman mereka sewaktu berurusan dan bertemu dengan penyanyi itu.

"Siti ni memang humble la, dulu pernah kerja resort tempat dia selalu shoot music video dekat Cyberjaya. Aku kerje front desk time tu. Kenangan. Dia tanya mana CD, kamera nak tangkap gambar. Tapi selalu lupa bawak. Haha.

"Tapi betullah. Dato Siti ni humble orangnya, tahun lepas repair fridge kat rumah dia. Sebelum balik siap ajak makan, sampai sekarang teringat nasi goreng ketam dia.
"Waktu dalam pesawat dari Jakarta nak balik KL sehari selepas konsert Siti Nurhaliza On Tour, staf SNP hulur sebekas mi goreng. Dia kata boss bagi suruh makan. Alahai seorang Siti Nurhaliza tak akan ku lupa.,’ kongsi beberapa netizen.

Layan peminat

"Dulu aku kerja jaga mascot Didi And Friends, masa majlis birthday Aafiyah. Even aku ni penjaga maskot je, tapi layanan Tok Ti dengan kami ni sangatlah baik. Siap suruh makan, tak sombong langsung weh siap boleh main dengan Aafiyah.

"Saya bukan zoners mahupun obses dgn Siti Nurhaliza tapi betul, saya setuju. I’ve meet her dekat grocer. Dengan anak lagi dengan barang dia beli lagi, ada sorang penjaga dan driver je. Ajak selfie depan pintu grocer, dengan manisnya Datuk Siti cakap “Boleh je, tak ganggu pun.” Ahhh sgt baik!

"Dulu aku pernah kerja airport KLIA masa tu Tokti & Tok K nak buat umrah. Dari departure hall masuk ke imegresin sampai ke gate dia layan je peminat dia ajak bergambar. Memang artis no 1 Malaysia," tambah beberapa netizen.

Berita Trending: Dituduh Tak Ikhlas Kenang Derita Anak-Anak Gaza, Ini Respon Siti Nurhaliza!

Berita Trending: Siti Nurhaliza Nak Jual Kereta, Netizen Terhibur, - "Serious Buyer Only”