Perkongsian sebuah video yang dimuatnaik oleh penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya mencuri perhatian warga maya baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsi di akaun TikTok mliknya, memaparkan sedikit bingkisan keadaan kereta jenis Mercedes A45 yang dipercayai untuk dijual.

Kongsi speksifikasi kereta

Malah, menerusi kapsyen video juga, Siti telah berkongsi butiran mengenai spesifikasi kereta tersebut.
@toktitiktok

Mercedes A45 For Sale.. -Year 2013/2014 -Brand New Original Merc A45 Turbo -Custom Downpipe By Links Engineering -Stage 2 Remapping with 420hp by Links Engineering -Exhaust Modification by Links Engineering -New Engine Mounting -Recond Alternator -New Aicond Compressor&Service -New Ac Expansion Valve -New Barner Battery -New Sunroof Roller Blinds -New Brake Pads -New Thermostat -New Belting -4X New Tyre Micheline Ps5 -Nice Plate Number -Group Service A & B Has Been Done… -Mileage 98xxkm -Done Full Interior Cleaning -Mountain Grey Magno Matte By LY CITY SUNWAY -4X Bilstein B8 Sports Absorber -4X H&R Sport Spring Sebarang Pertanyaan Mengenai Kereta Boleh Hubungi En Azrin di talian 0129405128 (serius buyer only?)

♬ ITZY style K-POP beat(1295509) - Invis!ble Cats
Mercedes A45 untuk dijual, sebarang pertanyaan mengenai kereta boleh hubungi Encik Azrin (serious buyer only)," tulis Siti pada ruangan kapsyen.

Netizen terhibur

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen dapat dilihat reaksi netizen yang rata-rata terkejut dan tehibur dengan perkongsian itu kerana tidak menyangka penyanyi no 1 negara itu memilih untuk menjual kereta menggunakan akaunnya.

"Tengah tak percaya TokTi tolong jual kereta.

"Semua komen bab kereta. Yang aku tengah tak percaya TokTi tolong jual kereta.

"Itu baru boleh cakap “condition macam Siti Nurhaliza”.

"Untung siapa beli, dapat package stering bekas tangan penyanyi no 1 Malaysia," komen beberapa netizen.

Mampu tengok

Sementara itu, ada juga netizen memberi sokongan dan ingin membeli kereta tersebut namun ada juga antara mereka yang hanya mampu untuk sekadar berangan atas sebab tidak berkemampuan.

"Kalau la boleh beli, konfem setiap hari flex. “Ey kereta ni Dato Siti pernah pakai ta.

"Minat. Tapi mampu tengok sahaja.

"Saya sanggup beli Dato.100k, syarat dapat selfie jadilah.

"Tak mampu la tokti. Saya pendapatan 200 sebulan sahaja. Tokti belanja boleh?

"Aku kalau dapat beli ni memang aku flex 1 kampung ni kereta TokTi tau aku dapat beli.

"Semoga dipermudahkan segala urusan.Buat sekarang mampu tengok jela idaman,” tulis beberapa netizen lagi.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 600 ribu tontonan di platform TikTok.

Berita Trending: “Tak Sangka Allah Beri Saya Peluang Bantu” - Siti Nurhaliza Sebak Bercerita Baju Raya Anak-Anak Gaza

Berita Trending: Individu Mahu Sewa Busana Siti Nurhaliza, Ini Jawapan Pereka Fesyen - “Baju Ini Adalah Hak Milik…”