Laman Utama
“Tak Suka Mak Yang? Ada Ku Kesah!” - Power Betul Lakonan Kiah Propa
Pelakon. Kiah Propa tidak kisah sekiranya ramai yang membenci dirinya disebabkan watak Mak Yang dalam drama Jangan Menangis Cinta.
Menerusi perkongsian di Instagram, Kiah atau nama sebenarnya Siti Rokhaida Abdul Khalil menyukai watak yang diberikan kepadanya.
“Jantan straight pun suka nengok jangan menangis cinta kekdahnya. Tak suka Mak Yang? Ada ku kesah!
“Yang aku kesah kome wajib nengok drama, aku berani jamin drama ini lain dari yang lain, emosi kome akan macam roller coaster,” tulisnya.
Sementara itu, dalam video pendek yang dikongsi juga Kiah turut berkata sesuatu berkenaan wataknya itu.
“Macam mana watak Mak Yang? Kamu menyampah nengok aku? Aku suka, aku suka jadi zalim.
“Memanglah aku tak suka cucu cacat, dah tak berkaki takkan lah aku suka, dapat pula Nordin tu dah tua miskin, nafkah tak bagi.
“Harapkan batin je dapat tiga orang anak, nasib anak cantik itu pun ikut Mak Yang,” katanya dalam karakter Mak Yang.
Selain Kiah, drama ini turut dibintangi oleh Amyra Rosli, Remy Ishak, Halim Radzi, Rita Nadira, Atilia Haron dan ramai lagi.
Saksikan Jangan Menangis Cinta di slot megadrama, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (saluran 104).
Must-Watch Video