Personaliti media sosial Ria Ricis menerima kritikan dalam kalangan warganet selepas dia bersiaran secara langsung dari Instagramnya, semalam.

Hal itu lantaran tindakan Ria yang tidak menghentikan siaran livenya walaupun dia mahu ke tandas untuk membuang air kecil.

Malah, dengan selamba, isteri Teuku Ryan yang sedang hamil ini mengajak seluruh peminat yang sedang menonton siaran langsung tersebut sama sama ‘masuk ke tandas’ dan menunggu dia selesai kencing.

Menerusi laporan media Indonesia, Ria tidak mahu menghentikan live tersebut atau meninggalkan warganet tanpa ‘membawa’ mereka bersama ke dalam tanda kerana enggan kehilangan penonton yang sudah mengikutinya saat itu.

Justeru, dengan lebih 14,000 penonton yang sudah bersamanya, demi konten adik Oki Setiana Dewi itu memutuskan membawa mereka semua ke dalam tandas.

“Sebenarnya saya mahu kencing. Tapi tak mungkin semua ikut saya kencing. Namun, saya pun tak mungkin tinggalkan kalian semua.

“Kalau saya tinggal, yang sudah menonton nanti keluar. Jadi apa kata kalian semua ikut sahaja saya masuk ke tandas. Tapi kameranya saya terbalikkan ya,” kata Ria seperti dilaporkan Detik.com.

Tidak lama selepas itu, Ria yang memiliki lebih 30 juta pengikut di Instagram kelihatan betul betul masuk ke tandas, membelakangkan kameranya yang kelihatan gelap dan melunaskan hajatnya untuk membuang air kecil.

"Tunggu, tunggu guys. tunggu, belum. Dah, sudah, cepat kan," kata wanita berusia 25 tahun ini.

Tindakannya itu kemudian mendapat kritikan dan kecaman dalam kalangan warganet. Banyak yang menyifatkan demi konten, Ria sanggup merendahkan martabat dan melupakan adab sebagai seorang manusia.

“Padahal buang air pun adabnya,” sindir seorang netizen.