Video yang menunjukkan pelakon Wawa Zainal memandu jet ski di atas laut telah mengundang rasa bimbang netizen.
Video tersebut dimuat naik suaminya, pelakon Aeril Zafrel ke Instagram.
Menerusi video berkenaan, Aeril dibonceng Wawa dan jet ski terbabit dipandu dengan agak laju.
“Bukan selalu Wawa dapat bawa Ysuku,” tulisnya berseloroh.
Rata-rata pengikutnya bimbang dengan keselamatan Wawa dan bayi kandungannya.
Malah, netizen juga meminta agar pasangan itu lebih berhati-hati.
“Hati-hati Wawa kita risau sebab lasak sangat.
“Adoi beraninya Wawa dalam keadaan mengandung lagi.
“Tak takut gugur ke? Hentakan air laut tu bahaya untuk ibu hamil. Semoga baik-baik saja,” komen pengikutnya.
Bernikah pada 2012, Wawa dan Aeril memiliki dua cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.
Fazura & Fattah Enjoy Melatih Fatima Berlakon Pertama Kali | #SinggahSet
Cik Bam sempat menemubual Fazura tentangn perkembangan drama terbaharu mereka, #HeroSeorangCinderella2 di lokasi penggambaran. Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #HeroSeorangCinderella2, Setiap AHAD, 9 MALAM di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Nur Fazura, Fattah Amin, Nur Fatima Aisya, Isyariana, Erysha Emyra, Evertts Gomes, Faha Azhar & pelakon-pelakon hebat yang lain..
#AstroBaharu #HeroSeorangCinderella2 #HSC2
#AstroBaharu #TakMacamDulu
#BamBamStudios #MasaBersama #MerapatkanKita