Hiburan

"Tak Tentu Arah Nak Tidur" - Riz Amin Tanam 4,083 Helai Rambut, Buat Sebab ...

Amri Hassan
28/05/2020
03:23 MYT
Pelakon tinggi lampai Riz Amin nekad untuk melakukan rawatan menanam semula rambut selepas sambutan Syawal baru-baru ini.
Kata Riz, 34, hasrat itu telah dipendam sejak Januari lalu dan prosedur itu dilakukan di sebuah klinik anestetik popular di ibu kota.
"Sebenarnya saya bercadang untuk melakukan rawatan tanam rambut ini sejak awal tahun lagi tetapi terhalang dengan penggambaran dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kemudiannya.
"Sekarang barulah ada peluang untuk meneruskan rawatan ini.
"Tujuan saya melakukan rawatan ini kerana berdepan masalah keguguran rambut terutama di bahagian hadapan kepala.
"Banyak produk yang saya telah cuba tapi ia hanya menguatkan akar rambut yang sedia ada bukannya mampu menumbuhkan semula kawasan rambut yang sudah botak," katanya kepada Gempak.
Tambah pelakon filem Polis Evo 2 itu, sebanyak 4,083 helai rambut diambil dari bahagian belakang kepalanya untuk ditanam semula di bahagian hadapan.
"Setiap helai berharga RM6 dan bagi saya pelaburan ini berbaloi untuk kepuasan diri saya dan mendapatkan semula keyakinan untuk berlakon.
"Ketika prosedur itu tak rasa sakit pun cuma selepas ubat bius habis terasa berdenyut-denyut.
"Apabila waktu malam pula nak tidur tak tentu arah jugalah sebab bahagian belakang kepala luka.
"Saya masih perlu mendapatkan rawatan berkala di klinik itu dan perlu mengambil tonik serta ubat-ubatan dalam tempoh yang ditetapkan doktor," ujarnya.
Riz mengharapkan hasil yang memberangsangkan selepas empat hingga tujuh bulan apabila rambut baharu mulai tumbuh kelak.
"Lain orang lain pemikiran tetapi bagi saya tak salah kalau ambil rambut sendiri. Saya bukannya pakai rambut orang lain," jawabnya apabila ramai yang mengecam tindakan artis lain yang melakukan prosedur sama sebelum ini.
Terdahulu, pelakon Zoey Rahman antara selebriti tempatan yang melakukan rawatan tanam rambut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Rasa Sedikit Tak Berkeyakinan” - Kepala Botak Depan, Que Haidar Buat 'Tanam Rambut'

gempak
12/06/2022
08:07 MYT
Makin kacak lepas ni.
Berita

“Ustaz Kata Tak Haram Kerana…”- Michael Ang Tanam Rambut Selepas 10 Tahun ‘Botak’

gempak
05/12/2020
02:30 MYT
Michael Ang Tanam Rambut Selepas 10 Tahun ‘Botak’
Hiburan

"Malulah Kalau Umur 25 Tahun Tapi Rambut Tengah Dah Hilang" - PU Riz Tanam 2,000 Helai Rambut

gempak
03/06/2020
03:49 MYT
Hiburan

Muka Zoey Rahman Bengkak Teruk Kesan Ubat Bius Tanam Rambut, Sekali Imbas Macam ...

gempak
12/05/2020
07:05 MYT
Hiburan

"Mana Rezeki Ni?" - Riz Amin Dedah Pernah Empat Bulan Tiada Tawaran Berlakon

gempak
23/11/2018
07:47 MYT