Laman Utama

Tak Tidur Malam Fikir Koreografi Breakdance, Lego Sam Pasang Impian Ke Olimpik!

gempak
Syafiqah Jalal
26/05/2023
06:41 MYT
Sponsor Banner
Tak Tidur Malam Fikir Koreografi Breakdance, Lego Sam Pasang Impian Ke Olimpik!
Penari breakdance negara, Sam Jee Lek atau dikenali dengan gelaran Lego Sam sedang mempersiapkan diri untuk mendaki impiannya ke Sukan Olimpik 2024 di Paris pada tahun hadapan.
Kata Sam yang kini berada di tangga ke 65 di dunia, dia sudah melakukan latihan sejak awal tahun ini lagi.
“Persiapan sebenarnya sudah bermula awal tahun ini lagi untuk mempersiapkan diri ke Olimpik tahun hadapan.
“Saya sedang mengumpul point tahun ini untuk melayakkan diri ke sukan Olimpik. Saya perlu sekurang-kurangnya berada di bawah tangga 40.
“Saya tahu ia memang susah kerana sukan ini masih baru lagi di Malaysia. Saya harap kerajaan dapat bantu dan memberi sokongan,” katanya.
Sam berkongsi perkara itu dalam program MeleTop kepada pengacara Nabil Ahmad dan Hawa pada Selasa lalu.
Pada 16 Mei lalu, Sam berjaya meraih pingat emas dalam acara final breakdance Sukan SEA Kemboja di Phnom Penh.
Skuad sukan tari itu mengalahkan Kantapon Rodsaarat dari Thailand 3-0 dalam aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan Stadium Nasional Olimpik.
Memandangkan sukan tari itu baharu di Malaysia, Sam memberitahu dia tiada juru latih yang mengajarnya dan hanya berlatih sendiri.
“Sebenarnya saya tiada trainer. Semua koreografi saya fikir sendiri sehingga tak dapat tidur memikirkannya apa gerak tari yang terbaik untuk pertandingan,” kongsinya lagi.
Pada Sukan SEA Filipina 2019, Jee Lek menghadiahkan emas pertama Malaysia dalam sukan breakdance tetapi acara B-Boys tidak dipertandingkan pada edisi 2021 di Vietnam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live