Pendakwah selebriti Dai Syed mengamalkan sikap sentiasa berfikiran positif jika ada wargamaya yang memberikan komen negatif terhadapnya.
Menurut Syed atau nama sebenarnya Syed Syah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, dia gementar untuk menantikan maklumbalas daripada semua peminat di atas pelancaran single terbarunya, Ya Habib esok.
“Saya amat mengharapkan sokongan semua peminat terhadap lagu baru saya yang akan dilancarkan esok sekali dengan video muzik.
“Saya tak anggap mereka yang membenci atau memboikot saya sebagai salah dan saya tidak pernah menyalahkan sesiapa, bahkan saya sentiasa memaafkan semua orang. Sebaik orang adalah yang meminta maaf dan sebaik-baik orang lagi adalah yang memaafkan orang lain.
“Saya takde rasa dendam, rasa sakit hati tu masih ada cuma tidaklah sampai tahap dendam, orang kutuk saya, saya kutuk balik ke takde. Tak perlu, saya hanya mendiamkan diri,” ujarnya sewaktu majlis pelancaran lagu Ya Habib serta pengumumannya sebagai duta wangian Dyxy secara maya sebentar tadi.
Lagu Ya Habib merupakan sebuah lagu bergenre pop elekronik dengan campuran muzik Arab dan Asia yang dicipta oleh Adam Armin, Yusuff Khan, Ryan Deedat dan Adly Kiddy serta lirik hasil nukilan Syed sendiri
Tambah Syed lagi, lagu Ya Habib ditulis sepenuhnya sewaktu 20 hari dia berada di dalam tahanan dan muzik videonya turut mempunyai beberapa kenangan sewaktu berada di tempat tersebut.
“Sepanjang dalam tahanan, saya sempat menulis lirik, mencipta melodi dan inilah momennya saya berharap semua peminat dapat memberikan sokongan.
“Untuk video muzik, memang ada beberapa babak yang menceritakan balik pengalaman saya sewaktu berada di dalam, saya muntah, anxiety dan sebagainya,” jelasnya lagi.
Single ketiga dari Syed ini boleh didengari di semua platfrom digital bermula esok.
Azwa Rahman
Thu Mar 04 2021
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.
Wani Kayrie Simpati Dengan Nasib Bella Astillah, Enggan Campur Urusan Rumah Tangga Sepupu Sendiri
Dek kerana kemelut rumah tangga yang berpanjangan, isu hubungan pasangan selebriti, Aliff Aziz dan Bella Astillah telah meraih perhatian ramai pihak. Memberi pandangan berhubung permasalahan tersebut, penyanyi Wani Kayrie yang juga ahli keluarga kepada Bella Astillah hanya mampu meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku terhadap saudaranya
Ibu Zaki Yamani Terkejut Nama Dipetik Dalam Perbualan WhatsApp Viral - “Tak Pernah Berbual Langsung Hal Mereka”
Ibu Zaki harap tak dikaitkan dengan isu itu.