Pelakon popular, Shaheizy Sam akan kembali di kaca TV rumah anda menerusi siri Take CTRL yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
Menurut Sam, dia bersetuju menerima tawaran berlakon dalam siri berkenaan disebabkan keterujaan mencuba watak dalam genre yang sangat berbeza dengan kemunculannya sebelum ini.
"Salah satu sebab teruja nak berlakon siri ini kerana saya rasa masih belum ada genre sains fiksyen yang bercampur komedi aksi dan macam-macam lagi seperti Take CTRL, memang cool!
"Nak kata 'small comeback' taklah sangat sebab saya masih lagi ada dalam industri, cumanya sudah lama duduk di rumah, tambahan pihak produksi juga memang saya kenal, penggambaran pun tak lama jadi saya setuju sahaja untuk berlakon dalam siri ini.
"Saya salut pihak produksi kerana mereka ikut jadual masa dengan betul tanpa ada perubahan, kami sudah pun habis menjalani penggambaran selama 20 hari," katanya kepada Gempak.
Mengulas lanjut tentang wataknya dalam Take CTRL, Sam akui mencabar kerana sudah terbiasa dengan watak melibatkan penghayatan emosi sebelum ini, berbeza dengan siri berkenaan yang bersifat lebih santai dan menghiburkan.
"Agak mencabar untuk saya berlakon dalam siri ini kerana sebelum ini, watak saya selalu dalam drama-drama yang main emosi dan sebagainya, tapi kali ini saya kena layan saja tanpa perlu fikir banyak, agak payah nak buang momen-momen drama yang saya sudah biasa itu!," selorohnya.
Take CTRL turut menampilkan pelakon baru Hana Mazlan dan ramai lagi.
Nak tahu lebih lagi? Sama-sama kita nantikan Take CTRL yang akan mula menemui penonton pada 29 Januari 2022, setiap Sabtu jam 9 malam di saluran TA-DAA! (612), diikuti pelbagai artikel menarik daripada Gempak bermula hari ini!
Asraf Aided
Mon Dec 27 2021


“Saya Mengkagumi Bakat Dia…”- Profesional, Ellie Suriaty Tiada Masalah Berlakon Bersama Bekas Suami
dia telah pun berpindah ke rumah yang...

Adaptasi Filem, Nazir Razak Pilih Syafiq Kyle?
Wah hebat!

#OhDaebak: Rose BLACKPINK Dedah Rahsia Gambar Cantik Di IG, Ini Cara-Caranya
Lepas ni gambar kita pun dah setanding influencer lah kome hehe.

Tengah Borak Fasal Dendam Seorang Isteri Dengan Nad Zainal, Wan Raja Dedah Bakal Muncul Dalam Scammer 2 Pula?
Wan Raja Dedah Bakal Muncul Dalam Scammer 2 Pula?

Nak Tiket Percuma Saksikan Netball Super League Live? Ini Cara Mudah Untuk Dapatkannya!
Wah mudahnya!

“Sedaya Upaya Mengelak” - Aduhai, Restoran Mamak Nak Naikkan Harga Roti Canai?
Presiden Persatuan Pemilik Restoran India Muslim Malaysia (PRESMA) menjelaskan...

Zalif Sidek Guna Pengalaman Lama Sebagai PA Artis Bagi Menjayakan Watak…
Guna pengalaman lama dalam filem

“Kalau Pahang Memang Tempoyak La..” - Tak Suka Makan, Peminat Ucap 'Good Luck' Pada Uqasha Senrose
Alamak!

#Foodieslife: Kurang Pengambilan Protein Boleh Sebabkan Panjang Umur?
Kajian baharu mendapati kemungkinan kurang pengambilan protein boleh memanjangkan usia

“Shakabom” - Next Level Punya TikTok! Tapi Ramai Minta Mamat Tegur Datuk Siti? Berani Ke?
“Mamat berani tak nak tegur, penyanyi nombor satu tu”.