Laman Utama

Taksub Minum Air Manis Bulan Ramadan Punca Kulit Kering & Berjerawat? Ini Penjelasan Doktor Kulit!

gempak
Awani
13/04/2023
13:25 MYT
Sponsor Banner
Taksub Minum Air Manis Bulan Ramadan Punca Kulit Kering & Berjerawat? Ini Penjelasan Doktor Kulit!
Seorang seorang doktor kulit, Dr Alina Hasni, berkongsi kesan kepada pengambilan makanan atau minuman manis pada bulan Ramadan.
Kata beliau, pengambilan makanan atau minuman manis boleh menyebabkan lonjakan tahap gula dalam darah diikuti oleh penurunan mendalam yang boleh mengganggu pengawalan insulin dalam badan.
"Bulan puasa, kecenderungan untuk minum atau makan benda manis agak tinggi memandangkan tubuh kita menggunakan tenaga terlalu banyak. Kalau bulan biasa, bila kita beraktiviti kita dah recharge tenaga dengan makan.
"Berbeza pada bulan puasa, tubuh kita tak recharge yang membuatkan paras gula dalam badan itu rendah dari kebiasaaan.
"Justeru, jangan taksub kerana minuman manis boleh menyebabkan lonjakan cepat dalam tahap gula darah, diikuti oleh penurunan mendalam, yang boleh mengganggu pengawalan insulin dalam badan.
"Ini boleh memicu ketidakseimbangan hormon yang mungkin menyumbang kepada masalah kulit seperti jerawat dan keradangan," katanya kepada Awani.
Air manis buat rasa haus Tambah Dr Alina, minuman manis seperti yang tinggi gula juga boleh menyebabkan peningkatan rasa haus dan menyebabkan dehidrasi atau kehilangan air dalam badan.
"Kehilangan air boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan kusam serta mengurangkan keanjalan, menjadikan kulit kelihatan kurang sihat dan bermaya.
"Harus diingat bahawa reaksi individu terhadap minuman manis semasa berpuasa mungkin berbeza dan sesetengah orang mungkin lebih peka terhadap kesan gula terhadap kulit," katanya.
Beri kulit rehat bulan puasa! Dalam masa sama, Dr Alina menasihatkan agar persiapan kulit menjelang Hari Raya Aidilfitri harus dilakukan sekurang-kurangnya dalam tempoh dua bulan lebih awal.
“Ada pesakit yang datang ke klinik untuk merawat masalah jerawat ketika bulan puasa. Proses penyembuhan jerawat tidak boleh dilakukan dalam sehari dua.
“Bila kulit wajah mula menunjukkan tanda bermasalah, segera berunding dengan doktor kulit. Ambil peluang 30 hari sepanjang Ramadan ini untuk beri peluang kulit sembuh memandangkan pengambilan makanan tidak banyak seperti bulan biasa.
“Ini masa sesuai untuk beri ruang kulit ‘berehat’ seketika dan ganti air manis dengan air masak secukupnya.
“Menjaga hidrasi dengan air dan mengamalkan diet seimbang yang kaya dengan nutrien sepanjang bulan berpuasa secara amnya dapat memberikan manfaat kepada kesihatan kulit secara keseluruhan,” kata beliau lagi.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live