,
Berita

"Takut Hilang Peminat.." - Tajul Dedah Sudah 2 Tahun Berkahwin, Isteri Kini Hamil 8 Bulan

Syafiqah Jalal
06/10/2019
08:15 MYT
Status perkahwinan penyanyi muda, Tajul Ariff terjawab apabila adik kepada arwah Achik Spin itu tampil mengesahkan dia sudah berkahwin dengan Nurul Shamieza Eddie pada 23 Disember 2017.
Menurut laporan MStar Online, Tajul merahsiakan perkara itu kerana bimbang akan kehilangan peminat ketika sedang membina nama dalam indusri seni serta enggan mencampurkan urusan peribadi dan kerjaya.
“Ya memang saya sudah berkahwin. Salah satu sebab saya tidak berkongsi kerana ketika itu saya sedang membina nama, jadi takut hilang peminat.
“Selain itu, saya juga tidak mahu privasi keluarga saya terganggu dan tak mahu netizen mula campur adukkan kehidupan peribadi dan kerjaya seni.
“Tapi saya tiada niat untuk sorok atau menipu mana-mana pihak.
“Kalau ikutkan, seluruh keluarga saya, isteri serta pihak pengurusan dan rakan terdekat mengetahui perkara ini,” katanya.
Sebelum ini, teka-teki mengenai status perkahwinan Tajul menajdi tanda tanya apabila penyanyi itu tetap dengan pendiriannya untuk terus mengunci mulut.
Dalam pada itu, Tajul turut mengakui isterinya kini sedang hamil lapan bulan dan bakal menimang cahaya mata pertama pada hujung November ini.
“Saya harap semua peminat mendoakan yang baik-bauk untuk saya dan isteri serta bayi kam yang bakal lahir, sesungguhnya saya tiada niat untuk menipu mereka,” katanya lagi.
Sumber: mStar Online
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Isteri Azlan Komeng Kini Jual Sos Buatan Sendiri Bantu Tampung Keluarga - "Apa Sahaja Kerja Datangkan Duit Saya Akan Buat"

gempak
23/10/2024
05:55 MYT
Isteri kepada Azlan Komeng Nur Nilam Ortiz kini sibuk mengusahakan perniagaan kecil-kecilan sos siam buatannya sendiri bagi membantu menyara keluarga selepas suaminya masih lagi belum boleh bergerak sehingga hari ini.
Berita

CEO GISB, Isteri, Anak 'Abuya' & 19 Individu Didakwa Jadi Ahli Kumpulan Jenayah Terancang

gempak
23/10/2024
03:45 MYT
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali, isterinya Azura Md Yusof; anak bekas pengasas Al-Arqam, Mohammad Adib At-Tamimi dan 19 individu lain didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas satu pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak 2020 lalu.
Hiburan

Buat Isteri Menangis, Fizi Ali Titip Ucapan Istimewa Sempena Anniversary Perkahwinan Yang Pertama - “Ingat Lagi Dulu Awak Janji Akan…”

gempak
23/10/2024
00:50 MYT
Penyampai radio, Fizi Ali mencuri tumpuan apabila membuat ucapan manis kepada isteri tercinta, Siti Zulaikha.
Hiburan

Bunga Isme Mengaku Sudah Berkahwin Pada Tahun Lepas! - "Alhamdulillah, Kami ..."

gempak
22/10/2024
09:37 MYT
Penyanyi rap, Bunga Isme, akhirnya mengaku telah mendirikan rumah tangga bersama komposer dan penulis lirik Amzar Sabri.
Hiburan

Tiga Kali Janda, Britney Spears Umum Kahwin Diri Sendiri

gempak
22/10/2024
05:50 MYT
Bintang sensasi Hollywood, Britney Spears mengejutkan peminat dan pengguna media sosial menerusi perkongsian terkininya.
BorakSeeni