Laman Utama
Takziah, Bekas Naib Presiden Saluran Perniagaan India Astro Meninggal Dunia Akibat Kemalangan
Bekas Naib Presiden Saluran Perniagaan India Astro yang juga seorang wartawan senior maut dalam kemalangan nahas di Kilometer 40 Jalan Kota Bharu-Kuala Krai, di sini, hari ini.
Menerusi laporan media, Marc Ferdinand Joseph Lourdes terbabit dalam kemalangan tersebut selepas motosikal berkuasa tinggi maut ditunggangnya bertembung dengan pacuan empat roda.
Dalam kejadian pada 1.20 tengah hari itu, mangsa berusia 40 tahun yang menunggang motosikal Tiger 900GT Pro, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Ganti Jimmy.
"Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Machang untuk bedah siasat, manakala pemandu pikap tidak cedera," katanya dalam kenyataan, di sini.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Difahamkam, mendiang menyertai Astro pada tahun 2018 selepas menghabiskan beberapa tahun dengan CNN di Hong Kong.
Takziah Gempak ucapkan kepada keluarga mendiang.
Sumber : Harian Metro
Must-Watch Video